6

Ubahsuai rumah dan keperluan kebenaran jiran

Salam semua.Minggu lepas saya ke MPAJ untuk buat permohonan bagi membuat sedikit ubahsuai bagi rumah yg kami beli.Rancangannya nak extend dapur dan besarkan gate kat depan rumah jer.Pepagi lagi kami dah sampai ke pejabat MPAJ.Ingatkan permohonan nak ubahsuai rumah ni mudah jer…kami ingat boleh settle on the spot.Tapi hakikatnya banyak lak nakn bende kena prepare.Kos dia pun boleh tahan.

Antara dokumen yg diperlukan adalah S&P, Bil Cukai Tanah, Bil Cukai Pintu,Gambar depan dan belakang rumah,Pelan ubahsuai yg perlu disahkan oleh arkitek (oleh kerana ubahsuai standard jer ..jadi kami guna yg ada dalam buku log yg disediakan) dan satu lagi yg agak mencabar adalah Kebenaran dari Jiran.Yg lain2 dokumen tu dah rasa boleh disiapkan cuma Kebenaran Dari Jiran yg perlu ditandatangani oleh jiran ni yg agak merisaukan kami.Macamanalah kami nak dapatkan tandatangan jiran2 sedangkan kami org baru lagi kat tempat tuh.Dah la kami nak start ubahsuai rumah tu secepat mungkin.

Bila saya fikir-fikirkan…patutla ramai yg tak mintak kebenaran dari pihak berkuatkuasa tempatan memandangkan syarat2nya agak menyukarkan.Cadangan saya adalah setakat surat pemberitahuan dan komitmen jika berlaku perkara disebabkan aktiviti ubahsuai dari kita pun dah memadai.Tak payah la nak mintak tandatangan jiran2 (jiran sebelah kiri, kanan dan belakang).

Saya tak tau cara di tempat lain ..mungkin lain tempat lain cara.Mungkin rakan-rakan boleh komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: News, Umum Tags: 

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

6 Responses to "Ubahsuai rumah dan keperluan kebenaran jiran"

  1. Norgadis says:

    Nak ubah suai rumah sendiri pun kena minta kebenaran jiran… klu jiran tu jarang ada kat rumah, atau ke luar negara dlm tempoh yg agak lama… aduh! sakit juga menunggu tu…
    .-= Norgadis´s last blog ..Happy Birthday AC =-.

  2. Ina says:

    saya pun plan nak renovate umah next month..x tau plak ade prosedur kena amik kebenaran jiran..anyway nak tanya sket brp agaknye charge yg MPAJ kenakan bg ubahsuai dapur ngan gate dpn tuh?

  3. shelley says:

    mmg kena mintak kebenaran jiran lebih2 lagi kalau extend rumah ke depan or kebelakang which effect kemasukkan cahaya or view umah jiran..sape nak tengok tembok rumah sebelah???? baik tengok pemandangan..org yang nak renovate ni kekadang x pk sbb depa nak umah depa je cantek n pentingkan diri sendiri!!!!!

    kalau x pk jiran, baik jgn dok berjiran..pi dok dlm utan!!!! buat laa rumah cam istana pon, xde sape kisahh!!!!

  4. yusva says:

    Tuan2,,Sekadar perkongsian
    Apa yang tuan penulis cakap tu memang wajar. x payah mntk kbenaran PBT tapi hakikatnya nanti tuan2 akan merana d kemudian hari akibat kadar denda yang tinggi. Untuk permohonan dan kadar adalah berbeza bagi setiap PBT. Lagipun charge utk pelukis pelan atau arkitek pun mahal. Hakikatnya memang mahal sebab kena patuh pada keperluan mengubah suai rumah..kalau bajet kurang mengizinkan, tuan hold dlu. Sebab sekarang proses pemutihan sedang brjalan..even rumah dah 20 tahun renovate yg xda pelan pun kena notis utk bayar denda..sehinggakan ada owner rumah masuk hospital bila dapat notis denda sehingga 25k..fuhhh..apapun, mintak nasihat (pelukis pelan atau arkitek) sebelum ubah suai…drg akan uruskan smua..
    Sekadar berkongsi

  5. admin says:

    saya takde la pulak tulis tak payah mintak mintak kebenaran PBT…kita kena la ikut apa yg digariskan…saya hanya memberi cadangan supaya dipermudahkan…tak de la pulak saya suruh org lain langgar undang2 yg ada.

    admin´s last blog post ..Dividen ASB 2012 – 7.75 sen seunit

  6. nikk says:

     impikan rumah DESIGN MODERN dan ber'style'. BOX HOUSE dan MINIMALIST…..018 988 5285, 018 24 900 20….

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG