9

Tips pengeluaran bagi rumah kedua duit KWSP

Sebelum ni saya ada cerita berkenaan dgn pembelian rumah kali ke-2 yg agak mencabar dan banyak dugaan yg kitorang terpaksa lalui.Jadi hari ni pulak kitorang ambil cuti untuk settlekan pengeluaran rumah guna duit akaun KWSP sebab consent dari Pejabat Tanah dah dapat.Cepat jugak dapat consent tak sangka boleh dapat secepat ni sebab  kurang dari sebulan.Sebenarnya kitorang memang tgh tunggu dokumen ni jer untuk proceed submit borang ke KWSP.Jadi pepagi lagi kitorang pegi jumpa lawyer SnP untuk dapatkan salinan consent tu.

Berikut cara-cara nak keluarkan dui KWSP bagi rumah ke-2 secara umum yg kitorang lalui dan mungkin boleh dibuat rujukan.Untuk pengeluaran kali ke-2 rumah yg pertama perlu dijual dulu melainkan kita tak pernah keluar duit KWSP.

Dokumen yg diperlukan sebagai bukti penjualan rumah pertama adalah S&P penjualan rumah pertama dan Deed of Assignment (ikut jenis property).

Dokumen pembelian rumah ke-2 yg diperlukan adalah S&P pembelian rumah ke-2,dokumen carian Hakmilik asal rumah ,surat consent dari Pejabat Tanah (biasa ni yg lambat).

Dokumen lain adalah sijil nikah (untuk pengeluaran bersama pasangan yg berkahwin),borang pengeluaran rumah KWSP,salinan IC,Letter Offer dari Bank.

Semua dokumen perlu dibuat 2 salinan sebab melibatkan dua individu.Setiap dokumen yg tak de original copy perlu dapatkan Certified Thru Copy atau dipanggil CTC.Contoh dokumen yg perlu CTC S&P jualan rumah pertama,Deed of Assignment,surat consent dari PT.

Dokumen yg diperlukan ada yg bergantung kepada jenis pemilikan samada Freehold atau LeaseHold dan title  samaada master title,strata title atau individu title.

Ok.Lepas dah dapat Surat Consent dari PT kitorang terus pergi KWSP HQ.Memang senang berurusan di KWSP HQ.Kaunter banyak.Tak sesak.Kurang dari 20 minit semua dah settle.Duit akan masuk terus dalam akaun bank dalam 2-3 minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: News, Umum Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

9 Responses to "Tips pengeluaran bagi rumah kedua duit KWSP"

  1. NUURUL says:

    sy nk beli umah atas name sy dan suami tp suami pernah kuarkan epf tuk umah pertama, skrg umah pertama exwife die duduk, dia xnk refinance umah tu katenye rugi, so cmane epf husband sy nk kuar klu namesuami still ade kat umah pertame, i need advise from you all….pls

  2. siti says:

    kalau rumah pertama terbengkalai?

  3. MAmpir bos. untuk yang pertama kali. Salam kenal. Dalama rangka kunjungan dinas :))

    Websitenya keren. met kenal bos

  4. Lina says:

    Salam
    saya dan suami membeli rumah pertama kami secara perkongsian. beberapa bln lps suami buat re-finance atas nama dia seorang, tetapi dalam s&p nama saya masih ada.jika saya ingin mengeluarkan duit kwsp dr akaun saya untuk beli rumah kedua, apakah prosedur/ caj utk mengeluarkan nama saya dari s&p?

  5. muhamad umran says:

    saya ada buat umah atas tanah bapa mertua saya.. sekarang umah tu blh dikatakan 65% dah siap.. kalu saya nak kuarkan duit epf akaun 2 blh ke?..tanah tu plak atas nama adik beradik bapa mertua saya.. kalu nak tukar nama agak susah dan leceh ..kata bpk mertua la.. mcm mana ya?

  6. rumah idaman says:

    ok,gan nice posting, bekunjung ^_^ dan ijin nyimak

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG