4

Tips beli rumah dari pasaran kedua atau subsale

Membeli rumah melibatkan wang yang besar kalau silap pilihan boleh menyebabkan kerugian.Apa yg saya nak nak kongsi disini adalah membeli rumah yang sudah siap atau subsale.Oleh kerana saya telah pun melalui pengalaman pahit manis dalam jual beli rumah, disini ada beberapa langkah atau perhatian yg perlu diambil kira.


SEBELUM NAK BELI

1. Kemampuan membuat pinjaman
– tanya bank yg terdekat jumlah kelayakan pinjaman yg kita boleh pinjam
– ini mempercepatkan proses membuat pinjiman bila rumah dah ada
– dan untuk mengelakkan duit booking hangus.

2. Target harga rumah
– kalau kita dah tau yang no. 1 diatas kita boleh target maksimum harga rumah yg kita nak beli

3. Kawasan perumahan yg hendak dibeli
– kalau kita dah tahu kawasan boleh la kita survey berapa average market value rumah disitu.
– harga rumah boleh check dalam surat khabar atau diinternet spt mudah.my,starproperty.my,iproperty.com.my
– jadi kita dapat elakkan dari kena tipu atau overprice.
– buat la survey ke kawasan rumah yg hendak dibeli..tengok jiran-jiran sekeliling

4. Dapatkan lawyer kita sendiri
– kalau boleh cari lawyer kita sendiri untuk buat S&P dan yang kita tau dia boleh buat kerja dengan cekap dan pantas
– biasanya kerja pemindahan nama mengambil masa 3-6 bulan, jadi nak kena selalu kerja2 follow-up
– kalau lawyer sambil lewa jer..alamat lambat la kita boleh duduk rumah tu

5. Direct deal dengan owner
– kalau boleh beli rumah direct deal dengan owner,kalau dengan agen kemungkinan harga dah naik sikit sebab nak cover agen punya komisen.
– lagi satu kalau direct dengan owner kita boleh dapat first hand info dan boleh bincang apa next plan kita…mungkin masa 3-6 bulan tukar nama tu kita boleh sewa dulu..boleh kawtim dengan owner
– kengkadang owner cakap lain ..agen cakap lain.

SEMASA BUAT DEAL
6. Semasa buat lawatan pastikan semuanya ok.Kalau ade yg bocor atau kecacatan confirmkan yg owner akan betulkan tau tidak.Ini salah satu faktor untuk kita deal price dengan owner.Kalau owner tak betulkan mungkin kita boleh minta kurangkan harga rumah tu.

7. Pastikan samada sebarang lekapan yg ada dlm rumah tu termasuk atau tidak.Contoh macam kabinet dapur,plaster ceiling,lampu2,kipas dan semua bende yg melekap dekat dinding tu.Mungkin time kita tengok semuanya ada.Bila time masuk nanti semua barang owner cabutkan.So make sure semua tu termasuk atau tidak.Ini mungkin akan mempengaruhi harga yg akan kita deal nanti.

8. Untuk booking dapatkan seminima yg boleh.Make sure mintak resit.Yang selebihnya kita bayar masa sign S&P.Make sure minta resit.Kalau ape2 hal terjadi kita ade bukti pembayaran.

Buat masa ni tu saja tips untuk beli rumah subsale atau rumah 2nd hand yg saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri yg saya lalui.Kalau ada yg tertinggal tolong la tambah  yer.

Jangan lupa syerkan artikel ini kepada kawan2 lain supaya kita dapat manfaat bersama-sama supaya dapat elakan dari kerugian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Beli Rumah, Hartanah, News Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

4 Responses to "Tips beli rumah dari pasaran kedua atau subsale"

  1. ummi says:

    salam,
    betul ke kalau loan tak dapat, deposit kita hangus? takde cara ke nak dapat deposit tu balik walaupun sikit ke? saya tengah buntu….minta pendapat..tq.

  2. dynn says:

    salam ummi,

    beli thru agen atau owner? setahu saya kalau loan tak lulus bole mintak balik deposit tu…tak kira thru agen atau owner…cuma mungkin tak 100% kita dapat…cuba call bagitau loan tak lulus..mudah2an dapat mengurangkan kebuntuan.

  3. jess says:

    sy dan suami nak beli rumah cepat2 atas alasan taknak duduk ngan mak bapak lg..jadi duit simpan tak byk la sbb kmi sama2 bru keje..beli rumah msti nak deposit kan..so betul ke tindakan sy dan suami buat personal loan utk byr deposit rumah…rugi byk ke?

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG