Posts Tagged ‘buat duit’

Buat duit dengan Innity Network

Posted on the March 22nd, 2010 under buat duit by dynn

Sekarang nie macam-macam jenis network pengiklanan yang available untuk blogger2 kat Malaysia ni.Kalau sebelum-sebelum ni dah join Advertlets  dan Nuffnang.Sekrang ni saya beralih dengan Innity la pulak.

Kenapa Innity? Pada asalnya saja nak register sebagai alternatif kepada Advertlets dan Nuffnang.Cerita pasal pengelaman dengan Advertlets ni aku memang dah  fed-up sebab earning aku lebih RM600 masih tak sampai2 pun .Dah berapa banyak email ke support dia tapi tak de jawapan ape2 pun.Dalam status earning duit aku dah kira PAID.Paid kebendenya cek pun tak sampai.Kalau nak kata salah alamat…alamat dlm profile tu dah betul.Jadi elok lah saya bertukar ke Nuffnang sebagai pengganti kpd Adverlets.Dengan Nuff pulak earning tak seberapa berbanding dengan trafik yg masuk.Sebelum ni bertahan jer la..bila dah ade alternatif lain berubah ke yang baru pulak.

Jadi sekarang bila beralih kepada Innity earning memang banyak beza dari Nuff dan Adverlets.Bagi aku Nuff ok compare ngan Adverlets. Dengan Nuff aku dah pernah dapat cek.Cuma earning yg aku dapat slow sangat.Tunggu berbulan-bulan baru bole kuar cek.Mungkin Nuff dah ramai publisher jadi earning pun kena share ramai2.

Melabur dalam unit amanah dengan duit KWSP

Posted on the February 26th, 2010 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

Dari data-data yang lepas dividen KWSP yg diberikan kepada pencarum adalah dalam lingkungan 4%-5% peratus sahaja.Ini adalah kerana pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah bersifat konservatif bagi melindungi simpanan para ahli dari pasaran yang tidak stabil.Kita juga perlu faham bahawa tujuan simpanan didalam KWSP iaitu simpanan bagi hari tua.

Walaubagaimanapun KWSP telah membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan didalam unit amanah diistitusi-institusi yg dilantik oleh KWSP sendiri.Jadi inilah peluang kita untuk meningkatkan simpanan bagi tujuan persaraan kita nanti.Seperti yg kita tahu pulangan dalam pelaburan dalam unit amanah jika dilaburkan ditempat dan masa yang betul adalah melebihi dividen yg boleh diberikan oleh KWSP.

Tapi kita perlu tahu dan faham tentang adanya kos yg dipanggil sales charge yg terlibat bagi pelaburan yg dibuat didalam unit amanah.Jadi berhati-hati bila agen unit amanah cuba memancing anda untuk melabur dengan mereka.Pastikan duit  anda  dilaburkan didalam pelaburan yg sesuai dengan profil risiko anda.Kalau boleh dapatkan ilmu asas untuk melabur didalam unit amanah.

Kenapa susah nak berjimat?

Posted on the January 17th, 2010 under Financial Planning by dynn

Korang penah tak cuba berjimat berbelanja tapi tak jugak tercapai.Ade jer yg nak dibeli.Jimat sini keluar yang sana.Jimat kat sana keluar yg sini.

Jadi kat sini aku nak share sikit pasal kenapa usaha berjimat kita tu selalu GAGAL :

1. Korang tak paham kenapa perlu BERJIMAT

2. Korang tak de matlamat

3. Susah nak follow tips yg ada untuk BERJIMAT

4. Tak tau teknik yang betul untuk BERJIMAT

5. Susah nak ubah life-style

6. Tak BERDISPLIN

7. Nafsu besar sangat (lawak jer… :) )

Untuk lebih lanjut korang boleh dapatkan tips perjimatan untuk pembacaan seterusnya kat SINI.

p/s : Aku tak de kena mengena dengan link tuh…just nak share jer kalau berminat.

Jururawat diugut sebar gambar bogel

Posted on the March 15th, 2009 under Umum by dynn

Sekali lagi aku terbaca pasal ugutan sebar gambar bogel, kali ni kat KL dimana seorang jururawat diugut gambar bogel nya akan disebarkan akibat keengganan jururawat tersebut menjadi rakan kongsi kepada seorang lelaki yg dikenalinya 3 tahun lepas.Kalau tak silap sebelum ni ada kes macam tapi di P.Pinang.

Difahamkan lelaki tersebut mengugut untuk menyebarkan gambar jururawat tersebut kepada anak, suami dan ahli keluarganya.

Untuk lanjutan baca kat sini : SINI

Moral of the story : Janganlah ambik gambar anda sedang bogel.Tak kira dah kawin ke lom kawin.Kan dah malu diri sendiri.Nak salahkan siapa?