3

Skim ‘Rumah Pertamaku’ hanya untuk pekerja swasta

2011/03/31

KUALA LUMPUR: Skim “Rumah Pertamaku” bagi membantu golongan muda berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah pertama adalah khusus untuk pekerja swasta, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata, penjawat awam tidak layak memohon kerana mereka mempunyai kemudahan pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan.

“Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2011 pada 8 Mac lalu adalah bagi membolehkan pekerja swasta yang berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman tersebut dengan tempoh maksimum pembiayaan selama 30 tahun,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Awang Adek berkata, pembeli yang layak boleh memohon pinjaman menerusi 25 buah bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah yang berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM220,000.

“Skim tersebut menawarkan 100 peratus pembiayaan oleh bank komersial untuk mereka yang berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan,” katanya.

Kepada pertanyaan Datuk Idris Harun (BN-Tangga Batu), Awang Adek memaklumkan ia mula dilaksanakan pada 8 Mac lalu. – BERNAMA

 

Memang patut pun untuk pekerja swasta sahaja sebab org yg kerja kerajaan memang dah menikmati pinjaman 100% untuk melalui pinjaman perumahan sediada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Beli Rumah, Hartanah, News Tags: , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

3 Responses to "Skim ‘Rumah Pertamaku’ hanya untuk pekerja swasta"

  1. rumah idaman says:

    ok,gan nice posting, bekunjung ^_^

  2. Program ni boleh membantu pekerja untuk membeli rumah.

  3. Stanley Goh says:

    Salam 1Malaysia
    Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan
    Kami ingin bawa kepada perhatian semua kakitangan kerajaan mengenai Skim Pinjaman Ubahsuai Rumah anjuran MOF.
    Jikalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang pinjaman ubahsuai atau binaan rumah, sila tujukan pertanyaan anda kepadagohchintiong25@hotmail.com atau call saya di talian 012-3700275.
    Sekian dan terima kasih kepada Dins Blog yang telah banyak berbudi kepada kita semua.

Leave a Reply

Submit Comment
CommentLuv badge