1

Queens Park Rangers – Datuk Seri Tony Fernandes

LONDON: Datuk Seri Tony Fernandes – pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia – sudah berjaya melengkapkan misi mengambil alih Queens Park Rangers, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Usahawan Malaysia itu kini sudah disahkan selaku pemegang saham 66 peratus kelab berkenaan daripada bekas pemegang, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

 Fernandes, 47, yang juga pemilik pasukan Formula Satu, Team Lotus akan bergandi­ngan dengan keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham dalam kelab berkenaan. “Saya adalah peminat setia West Ham sejak kecil tapi saya juga meminati QPR dan anggap mereka permata yang belum digilap. Saya sentiasa mahu terbabit dalam bola sepak sejak kecil dan tidak mahu menolak tawaran baik ini,” katanya. – Agensi  (Di Petik dari Berita Harian Online)
Dengan penguasaan rakyat Malaysia didalam salah satu kelab bolasepak EPL ini maka mungkin dapat membawa masuk pemain-pemain Malaysia untuk bermain di Liga EPL suatu hari nanti.Ini dapat meningkatkan mutu permainan bolasepak Malaysia.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Sukan

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

One Response to "Queens Park Rangers – Datuk Seri Tony Fernandes"

  1. kopisoda says:

    kalau lah pemain kita dapat main EPL, maka kita dah berjaya menjajah mereka salam dunia bola sepak 😉

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG