2

PHB umum dividen AHB sebanyak 2.17 Sen

PHB Umum Agihan Pendapatan 2.17 Sen

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), unit Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, mengumumkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera Unit Trust Fund (AHB) bagi tempoh kira-kira empat bulan yang berakhir pada 31 Mac, 2011.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mayban Investment Management Sdn Bhd (MIM), Nor’ Azamin Salleh berkata agihan pendapatan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM19 juta.

“Agihan pendapatan yang dikecualikan cukai akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit Isnin depan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Tahun kewangan AHB berakhir pada 30 Sept. Agihan pendapatannya, jika ada, akan dibuat atas dasar enam bulan bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac dan 30 Sept setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan/CEO PHB Datuk Kamalul Arifin Othman berkata daripada 60,000 pemegang unit AHB, hampir 40,000 merupakan pelabur kecil yang melabur antara RM500 dan RM1,000.

“Ini menunjukkan dana ini diterima baik oleh kumpulan Bumiputera pendapatan rendah hingga sederhana yang seiring dengan objektif PHB untuk mencapai rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Sumber : Bernama

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: AHB, Amanah Saham, News, Umum Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

2 Responses to "PHB umum dividen AHB sebanyak 2.17 Sen"

  1. sharinginfoz says:

    Bagus gak, ini adalah dividen pertama semoga consistent lebih 6% setahun memandangkan yang ni untuk 4 bulan
    sharinginfoz´s last blog post ..Waktu Bila Ramai Orang Baca Blog

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG