2

Perkara yang perlu tahu sebelum melabur dalam unit trust

Ok.Hari ni saya nak share sikit berkenaan dengan perkara yang kita perlu tahu sebelum invest dalam unit trust atau unit amanah.Memang kita perlu tahu kemana duit kita akan dilaburkan jangan biarkan org lain mengambil kesempatan atas ketidaktahuan kita dalam sesuatu perkara.

Berikut adalah perkara yg kita perlu tahu sebelum melabur dalam unit trust yang kadang-kadang tidak diberitahu oleh agen :

  • Apa itu unit trust dan bagaimana ia berfungsi
  • Kita tidak diberitahu jenis pelaburan yg sesuai
  • Adanya caj yg akan memeberi kesan keatas pelaburan
  • Risiko2 yg perlu difahami
  • Jaminan atas pulangan

Yang kita tahu agen datang setiap 3 bulan suruh melabur.Melabur dana mana kita puu tak cuba ambil tahu.Kita bagi 100% kepercayaan dengan agen.Kalau betul-betul dapat untung ok la jugak.Kalau silap hari bulan pelaburan kita lingkup agen pun hilang…nak buat camner? Mula kita salahkan unit trust ni penipu la…rugi la..menyesal masuk lah…dan mcm2 perkataan keluar bagi org yg kecewa disebabkan sebenarnya salah diri sendiri juga.

Jangan dengar bulat2 apa yg diorang cakap.Cuba minta agen tu tunjukkan prestasi dana tersebut dari tahun2 lepas.Dari segi pergerakan harga…pulangan dividen atau agihan setiap tahun berapa dana tersebut boleh bagi.Kalau boleh melabur sedikit dalam ilmu contoh beli buku berkaitan dengan pelabuan unit amanah.Tak rugi pun kita invest sikit beli buku untuk tingkatkan ilmu yang mana biasanya tak sampai RM50 pun berbanding dengan kalau kita rugi yang boleh jadi beribu-ribu ringgit.Dalam mana2 pelaburan memang ada untung dan rugi cuma kalau kita ada sedikit ilmu sekurang-kurangnya kita cuba untuk meminimakan kerugian dan memasimumkan keuntungan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Financial Planning, News, Unit Trust Tags: , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

2 Responses to "Perkara yang perlu tahu sebelum melabur dalam unit trust"

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG