3

Pengalaman beli rumah kedua..

Cerita pasal pengalaman beli rumah kedua ni..Hari Selasa lepas aku jumpa satu iklan rumah untuk dijual dalam Mudah.my …rumah single storey dekat area keramat.Memang lama dah aku target area tu sebab dekat dengan sekolah rendah dan sekolah menengah dan lagi satu area tu pun dah lama establish tambah pulak masjid pun dekat.

Jadi aku pun terus call agen tuh untuk dapatkan info pasal rumah tuh.Lepas tu aku terus call bini aku pasal rumah nie dan ajak keluar untuk tengok rumah tu masa lunch nanti. Aku boleh tengok dari luar jer  sebab agen tu cakap rumah tu ade penyewa dan penyewa out-station.So tak per la aku tengok dari luar pun ok sebab aku tau rupa bentuk dalam rumah tu.Survey punya survey aku rasa mcm ok…dan terus call agen tu nak buat booking dgn agen tu.Aku pegi ofis dia untuk buat booking lebih kurang 3% dari harga rumah.Yang balance lagi 7% masa S&P nanti.

Keesokan harinya…bini aku  dapat call dari sorang agen dia kata dia offer ada rumah untuk dijual.(Memang sebelum ni dia rajin call atau sms agen untuk cari rumah).Jadi yg tak bestnya rumah yg dia kata nak jual tu adalah rumah yg aku dah booking semalam dan agen yang tu memang agen yg semalam..mungkin dia tak perasan no tepon bini aku.Jadi bini aku cakap yg dia wife aku yg buat booking rumah tu semalam…bila dia dengar mcm tu dia terus letak tepon dia.

Lepas tu bini aku call balik agen tu .. bini tanya agen tu kenapa dia offer kat org lain sedangkan kami dah bayar booking.Agen tu kata owner rumah tu nak naikkan harga sebab ade agen lain yg dah cucuk.Bagi aku sepatutnya dia kena call aku dulu bagi tau sebelum dia offer org lain(tapi nasibla yg dia call tu bini aku…kalau dia call org lain yg aku tak tau camner?.Kenapa dia boleh buat mcm tu? Aku pun tak paham …senang2 la pulak main2kan harga.

Bila bini aku bagitau aku pasal ni aku terus sms agen tu sebab bila aku call tak berangkat.Agen tu  kata tuan rumah nak harga yg lebih tinggi.Sebenarnya pada masa yg sama aku dah submit loan pada harga yg aku deal masa buat booking tuh.Jadi aku call balik officer bank tu tanya kat dia dengan price yg baru tu boleh ke bank bagi loan? Aku suruh officer tu check dgn valuer dia untuk confirm..last2 dia kata value rumah tu memang lebih dari yg harga baru tuh.So aku pun reply balik kat agen tu aku nak proceed jugak walaupun harga yg dia mark-up tu 30K dari harga asal.

Kalau nak ikutkan hati nak jugak aku cancel booking tu…tapi memandangkan aku memang nak kan rumah tu aku proceed jugak lah.Tapi aku masih tertanya2…boleh ke sebagai seorang agen menukar harga sesuka hati walaupun atas arahan penjual? Bukan ke awal2 lagi penjual yg letakkan harga?Aku malas nak banyak tanya dgn agen tu sebab yg penting aku nak habiskan deal rumah nie.Tapi kalau sekali lagi dia main harga aku memang cancel.Silap2 aku report dekat Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia. Aku yakin sebagai seorang agen hartanah mesti ada etika bagi menjaga profesion agen hartanah.

Next…aku masih tunggu bila dia nak call aku untuk tengok rumah tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Hartanah, News Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

3 Responses to "Pengalaman beli rumah kedua.."

  1. zamz says:

    wah nak beli rumah lain ek

  2. catzer says:

    ko terajang jerk dia nanti bile ko jumpa..

  3. dynn says:

    zamz : rumah kecik jer zam…tak mcm rumah korang..semi-D

    catzer : sabar jer lah..

Leave a Reply

Submit Comment
CommentLuv badge