Skim Pinjaman ASB – Easy RHB
Semalam aku semasa pegi shopping sat dekat JayaJusco AU2 ternampak satu kedai Easy RHB.Jadi singgah la jap tengok apa spesel sangat pasal Easy RHB nie.Masuk-masuk ternampak koisk EPF.Aku try printkan aku punya EPF statement.Saje je sebenarnya padehal aku boleh guna online EPF.
Aku pegi la pulak dekat kaunter nampak brosure yg ade kat situ.Lepas tu datang mamat Easy RHB nie..dia datang nak citer pasal skim pinjaman untuk ASB .Dia kata boleh approve on the spot.Dia tanya aku sama aku ade bawak buku ASB tak tak. ..memang aku tak de bawak..aku sesaja jer nak masuk situ bukan plan pun….aku dengar jer la dia punya explaination.Dia kata 5 tahun pertama kita bayar faedah jer.Lepas tahun ke-5 kita boleh unsubscribe dan dapat untung lagi.Aku tak sempat nak tanya detail sebab wife aku dah tunggu nak pi makan.Kalau tak aku nak tengok dia punya calculation kalau aku invest RM200K…berapa aku boleh dapat untung lepas 5 tahun kalau aku unsubscribe pinjaman tu.
Selain pinjaman ASB ade lagi produk lain macam pinjaman peribadi dan perlindungan insurans.Kalau nak detail lagi korang boleh la lawat ke : http://www.rhb.com.my/corporate_profile/media/2009/07-15.html






Aers99
Salam…
Paling tinggi 100k je bleh wat…
Lps 5 tahun, untung bersih dkat2 20k..
Mmg untung..
2bz4money
Itu kira 8.55%, cuba kira 7.3%? kurang lagi dividen..satu lagi, kalu kita terminate, x pulangan modal utk 5 tahun pertama; just dividen jer yg dpt..
Mohd Ridzuan
ape laa korang….. aku baru invest 150K. Confirm untung punya.
\Bank bagi duit pinjam buat untuk atas faedah. bukan atas pokoknye bro…. katalah korang pinjam 100K, korang dapat dividen RM8K. kalu 8% le. tapi korang bayar kat bank terkumpul setahun hanya 4660.00 aje. Untung tolak kat situ boleh buat modal untuk tahun depan bro…. dah tak kena bayar lagi…… Katalah korang ada duit ASb dalam 5K. Darab 8% berapa jeeeeeeee…. Sendiri mau ingat laaaaa….
Bila nak rasa deviden 100K bro? Lu pikirla sendiri.
2bz4money
Btul tu Ridzuan, dividen ASB kita dapat. Cuma, risikonya tetap ada seperti lockin period 3 tahun, BLR-1%je dan BLR tu bukan kita yg kawal.
Kalu dlm tempoh 3 tahun nak keluar, kena byr commitment fees 200 dan 3% nilai pinjaman. Cth utk 50k ialah 200+150=350. Kalu BLR naik 10%, lu pikirlah sendiri; balik modal atau tidak sementara nak menunggu dividen yg hanya dtg pada akhir tahun.
Belajarlah cara masuk/keluar supaya x panik kemudian hari. Jgnlah jadi Kassim Baba (citer PRamlee pasal 40 penyamun tu)
Mohd Ridzuan
Setiap pelaburan ada risikonye…. cuma dalam hal ini saya melihat ada potensi buat duit. Kalau kita study deviden ASB yang lepas lepas… tolak duat pembayaran kat RHB, kita masih buat duit lagi…. and then ada surpluss untuk byr tahun depan. yang baki boleh le buat bayar insuran kereta. he he he…. itupun kalau deviden tak turun bawah 7.8% ler.
nisa4ever87
hurmm kalau kita x mampu bayar utk tahun kedua mcm mana ? ada penalty x ?
Mohd Ridzuan
kalau ikut congak tambah tolak mkra bahagi le……
dari apa yang saya dah kaji,.. kalau deviden tak kurang dari 7.8%, kita akan dapat bayar kepada RHB untuk tahun berikutnya hanya dengan menggunakan lebihan deviden ASB.
Cuma perlu bersusah untuk tahun pertama je….. Macam saya katakan siap ada balance lagi kalau nak pergi cuti cuti malaysia.
zawani
cuba tanya bank…di takdirkan u all sakit atau kehilangan kerja..dan tak mampu bayar bulan2.
contohnya u all melabur pada tahun 2010 dan telah buat potogan tiap2 bulan.di takdirkan pada tahun 2012 u kehilangan kerja atau sebagainya..
apa jadi dengan duit yang telah di potong sebelum ni…hangus ke tak.
zawani
baik invest dalam unit trust….pulangan 15 hingga 20 percent.
dynn
terpulang kpd masing2 punya financial objektif…lain org lain risk profile…tak semestinya melabur dalam unit trust akan dapat pulangan 15-20%…bergantng time entry juga…silap2 masuk rugi pun boleh..tak de pelaburan yg perfect…masing2 ade risiko tersendiri.
Mohd Ridzuan
kalau takut rugi dan tak berani buat risiko, saya rasa tak payah nak kongsi maklumat le. kalau asyik ingat nak jadi sesuatu yang buruk aje sampai bila…..
maaf ye,
PowerMan
betul la… kalau pikir benda buruk je… nak masuk tandas berak pun takut jatuh dalam lubang tandas… huhuhu…. asyik pikir buruk je… lama2 jadi beruk… kah kah kah
eja
mula mula saya nak buat loan ASB under CIMB,tapi tak jadi coz pakar ekonomi Islam mengatakan hasil dividen yg kita dpt tu haram ..
eja´s last blog ..Negeri Sembilan Menang Piala FA!!
boy
hurm… unit trust tu dividend annualy 15% – 20% @ every 3 yrs baru dapat 15% – 20%? tolong komen sape2 yang tau
dynn
@boy – unit trust mana yg dirujuk yg bagi dividen annually 15%-20%?
bohari
memang betul pinjaman asb boleh buat duit.saya dah buat pinjaman asb 30k dg maybank 14 tahun bayar 230 sebulan.itupun sebab buat loan umur 52 boleh 14 th.tapi sekarang ni lagi cantik boleh buat 25 th.kalu warga emas boleh guna nama anak umur 18 tahun ke atas.kalau nak simpan tuai 230 sebulan sampai kiamatlah tak terkumpul.tau jelah duit tunai asb cair bila-bila masa boleh keluar.tapi pinjaman dlm bentuk sijil.ini membolehkan kita terpaksa simpan untuk hari tua.yang cantik tu klu kita berdisiplin byr 230 tiap2 tahun.duit akan jadi melempah ruah.sebenarnya pinjaman asb adalah salah satu platform untuk menjadi jutawan bagi bumiputera tetapi peminjam mesti mempunyai kekuatan disiplin dengan perancangan yang hebat.sebab itu orang yang dah kaya memang cukup mudah nak kaya lagi.orang miskin cari duit dengan tulang empat kerat tapi orang kaya Cari duit dengan duit.kita anak bumiputra cukup bertuah.klulah peluang ini dapat kepada bukan bumi dah tentu mereka sapu bersih sampai tak cukup langganan. fikir2 lah
buat keputusan sekarang….bertindaklah sekarang.
aqlan
Nway….setiap investment ada resiko masing2 so kite kene kaji dulu mana yg baik or buruk.
ASB EASY RHB: sy kasi info sikit mana2 interested kan.kalau wat loan 100k
Dividen PNB: 7%(kasi plg rendah- thn 2009 8.55%+bonus)
BLR: 5.8% (BLR BNM) – 1% interes bank: 4.8%
100k x 7%: Rm7000 (setahun)
Loan 5thn pertama: RM408 x 12: Rm4896
RM7000
– RM4896
——–
RM2104(still ada untung)
RM100k x 7%: RM7000
dividen thn 1st: RM107000 (100k+7000)
RM107000 x 7%: RM7490
dividen thn 2nd: RM114980(107000+7490)
RM114980 x 7%: RM8049
dividen thn 3rd: RM123029(114980+8049)
RM123029x 7%: RM8612
dividen thn 4th: RM 131641(123029+8612)
RM131641 x 7%: RM 9215
dividen thn 5th: RM 140856(123029+9215)
So dlm buku asb ada RM140856 utk 5thn pertama
kalau nk Quit dah ada untung RM40′856
100k bank ambik balik. so win win konsep la kan.
(utk keterangan pls ctc sy: 0340411444-saufi)
megat
depending on market performance la….
ni la orang unit trust kasik info salah jek….
mmg betul cakp en Boy…kekadang 3-5 tahun baru dapat 15-20%…
brat2104
mcm ok jek.. alternatif selain daripada buat OD ASB.. tapi nak kena study lebih lanjut.. kena kira jangka masa segala bagai.. dapat lak gaji x sebesar mana
brat2104´s last blog ..Goodbye