KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.
Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia.
Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.
“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.
“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia… sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.
Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.
SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.
Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah.
Sumber : Berita Harian?
Langgan dan dapatkan tips PERCUMA
Masukkan nama dan email anda dibawah :
Carian Kata Kunci:
- skim pelaburan 1malaysia
- skim pelaburan 1 malaysia
- pinjaman asb 1 malaysia
- pelaburan 1malaysia
- pinjaman asb 1malaysia
- skim pinjaman 1malaysia
- skim amanah saham 1malaysia
- pelaburan 1 malaysia
- sara hidup 1 malaysia
- wang sara 1 malaysia
Related posts:
- Skim Rumah Pertamaku – Pinjaman 100% Skim pembelian atau pinjaman rumah pertamaku dengan loan rumah atau...
- Melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia guna duit KWSP Penyimpan KWSP boleh mengeluarkan duit KWSP dalam Akaun 1 untuk...
- Dividen Amanah Saham 1Malaysia – 6.5sen seunit Dividen Amanah Saham 1Malaysia bagi penyata kewangan berakhir 30 September...
- Skim PR1MA fasa pertama dilancarkan Skim Program Perumahan 1Malaysia atau singkatannya PR1MA fasa pertama telah...
- Skim ‘Rumah Pertamaku’ hanya untuk pekerja swasta 2011/03/31 KUALA LUMPUR: Skim “Rumah Pertamaku” bagi membantu golongan muda...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.




Sayangnya ada syarat camtu. Kalau tak mesti aku boleh tambah pelaburan lagi .. Huhuh
lamanya rasay 5 tahun tu.. *hehe