Melabur dalam unit amanah dengan duit KWSP

Posted on the February 26th, 2010 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

Dari data-data yang lepas dividen KWSP yg diberikan kepada pencarum adalah dalam lingkungan 4%-5% peratus sahaja.Ini adalah kerana pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah bersifat konservatif bagi melindungi simpanan para ahli dari pasaran yang tidak stabil.Kita juga perlu faham bahawa tujuan simpanan didalam KWSP iaitu simpanan bagi hari tua.

Walaubagaimanapun KWSP telah membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan didalam unit amanah diistitusi-institusi yg dilantik oleh KWSP sendiri.Jadi inilah peluang kita untuk meningkatkan simpanan bagi tujuan persaraan kita nanti.Seperti yg kita tahu pulangan dalam pelaburan dalam unit amanah jika dilaburkan ditempat dan masa yang betul adalah melebihi dividen yg boleh diberikan oleh KWSP.

Tapi kita perlu tahu dan faham tentang adanya kos yg dipanggil sales charge yg terlibat bagi pelaburan yg dibuat didalam unit amanah.Jadi berhati-hati bila agen unit amanah cuba memancing anda untuk melabur dengan mereka.Pastikan duit  anda  dilaburkan didalam pelaburan yg sesuai dengan profil risiko anda.Kalau boleh dapatkan ilmu asas untuk melabur didalam unit amanah.

Disini saya cadangkan anda membaca buku Rahsia Melabur dalam Unit Amanah oleh Sunthara Segar dari keluaran PTS.Mudah-mudahan dapat memberi asas-asas mengenai unit amanah.Tak rugi pun harga buku dia  hanya RM20.00  sahaja (Semenanjung Malaysia).

5 Responses to 'Melabur dalam unit amanah dengan duit KWSP'

  1. February 26, 2010 at 4:28 PM
    2bz4money
  2. February 26, 2010 at 4:35 PM
    dynn
  3. February 26, 2010 at 9:31 PM
    2bz4money
  4. February 28, 2010 at 12:53 PM
    izzat aziz
  5. February 28, 2010 at 12:57 PM
    dynn

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


CommentLuv Enabled