Loan ASB – Untung ke Rugi?
Minggu lepas aku pegi Maybank nak bukak akaun simpanan untuk adik ipar .Punya la ramai org nak bukak buku simpanan time-time cuti.Mungkin masa hujung2 tahun tu org ambik cuti untuk settle mcm2 kot.Time tunggu giliran tu aku sesaja la tengok brochure yg ada depan officer yg aku duduk.Jadi ternampak la loan asb punya borang plus table installment bulanan dia sekali.
Jadi aku tengok kalau pinjam loan ASB sebanyak RM200,000 selama 25 tahun, installment bulanan hanya lebih kurang RM1,067 camtu.Jom kita kire jumlah installment setahun compare dengan dividen yg kite dapat.
Dalam kiraan ni aku letak dividen 8% sahaja.
Jumlah installment setahun = RM1,067×12 = RM12,804.00
Anggaran dividen (8%) = RM200,000 x 8% = RM16,000.00
Beza kos installment dengan dividen yg diperolehi = RM16,000-12,804 = RM 3,196.
Untung ke rugi? Korang jawap la sendiri.Modal yg kita keluarkan selama 12 tahun cover by dividen yg kita dapat.Lepas tu ada lebihan lagi sebanyak RM3,196.
Dari maklumbalas dari officer tu dia cakap installment monthly tu tak dikira sebagai komitment sebab kalau kita tak bayar dia akan ambik balik sijil RM200,000 tuh.Satu lagi kalau kita meninggal, waris kita tak perlu bayar installment monthly tu.RM200,000 tu milik waris kita.
Jadi untuk lebih lanjut korang boleh la check sendiri dan dapatkan nasihat dari mereka yg bertauliah.Yang aku share info ni sebagai ilustrasi sahaja dan sebarang keputusan untuk melabur semada rugi atau untung adalah tanggungjawap korang sendiri.






eyriqazz
rule of good investment…jgn berhutang utk investing
Kuiz Bersama Eyriqazz@Great Teacher Onizuka
pja@merahjamboo
salam tuan blog:)
ikut kefahaman saya, bukan ke kita kluarkan duit sendiri cuma untuk bayaran bulanan tahun pertama…untuk tahun2 seterusnya cuma rolling duit dividen asb utk bayar installment.
kiranya kos=bayaran setahun pertama
keuntungan=selepas 10/20 tahun ada seketul duit dlm asb-10-50k ikut jumlah kita amik.
dynn : boleh jugak kalau nak kire mcm tuh…maknanya installment tahun pertama sama dengan modal kita..lepas tu every year ambik dividen dia.
dynn
yeap betul…kalau banyak duit cash boleh la kayuh slow2..tak yah pinjam…nak pinjam pun bole tapi pandai2 la buat kire2 sendiri..sendiri mau ingat.
ariff
well aku ambil sebagai motivasi untuk menyimpan.
kalau nak star dari bawah memang susah. tapi bila dah ada loan ni lagi rajin simpan tiap-tiap tahun sebab seronok tengok duit tu banyak.
cikin
s’diri mau ingt la kalo dh buat loan.. risiko ttp ade.. pk pk pk pk…
mancai
huhuhu aku penah wat… dah tutup pun tak sanggup kira2 tu…
ohmalaysia.com
mak aku ada buat loan ASB mcm ni. bagus kan? aku tnggu keja dulu nak buat benda tu. skg blaja x ckup duit..
dynn
@ohmalaysia.com – sebenarnya bergantung kpd objektif dan financial strenght masing2..sebab tu kita perlu buat perancangan kewangan baru nampak hala-tuju apa yg kita nak dicapai…kalau tanya org lain akan ade org kata tak ok dan ade yg juga kata ok.
Aers99
Loan asb ni sesuai utk sape2 yg nak duit 15/20 tahun akan dtg.
Sy punye plan nak bayo 1st year je. Pastu dividen cover smpi abis bayo.
Cth nye: Wat loan asb rm100k installment rm600 tiap2 bulan 20thn
Stahun = rm600 x 12
= rm7200
Let say dividen ngan bonus 8%.
= 8% x rm100000
= rm8000
Dpt je dividen 1st year, trus bayo utk tahun ke 2. Dpt je dividen 2nd year, trus bayo utk tahun ke 3, dan seterusnye smpi abis 20 thn. Tapi, DISIPLIN kene kuat.. Dpt dividen, jgn le blanje. Rosak plan nnti..
dynn
@Aers99 – bagus dah ade plan sendiri.
hazrin ahsan
tp klu sesiapa ada duit cash RM50k lg bagus masukkan terus dlm ASB pas tu klu pendapatan bulanan lebih dari cukup blh pinjam lagi RM50k dari Bank lain untuk top up jadikan RM100k ikatlah dlm 20 tahun mgkin dlm RM400 sebulan kot…bayangkan klu dividen 8% setahun kita masih boleh untung sebulan dlm RM2,400 setahun…tahun pertama dah blh untung itulah yg sy buat…