0

Pelaburan Silver atau Perak – Untung ke Rugi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dalam kesibukan kenaikan harga emas yang semakin memuncak naik, harga silver atau perak juga tidak ketinggalan naik.Kalau dulu kita hanya lihat emas sahaja yang menjadi minat pelabur.Tetapi sekarang pelaburan silver atau perak dikatakan menjadi alternatif kepada emas setelah kenaikan harga emas menjadi semakin mahal.

Silver atau perak  dari segi kegunaan ia digunakan didalam industri pembuatan,barang kemas dan juga perak bullion.

Seperti kebanyakan komoditi, harga perak adalah didorong oleh spekulasi dan bekalan dan permintaan. Berbanding dengan emas, harga perak terkenal tidak menentu. Ini adalah kerana kecairan pasaran yang lebih rendah, dan turun naik permintaan antara industri dan sebagai penyimpan nilai.

Sebelum ini harga perak pada tahun 2009-2010 adalah dalam lingkungan $20 seaun tetapi sekarang harga perak telah menjadi 2 kali ganda.Kalau dilihat secara mata kasar kita boleh membuat keuntungan dari perbezaan harga tersebut.

Sebagai pelabur yang kecil-kecilan  adakah sesuai untuk melabur dalam perak? Kalau emas boleh juga kita pajak tapi dengan pelaburan perak adakah kita boleh buat pajakan? Adakah perak seperti emas boleh menjadi penyimpan nilai yang selamat?

Jadi sebelum melabur dalam perak perlu la buat kajian terlebih dahulu.Memang kalau dilihat secara mata kasar memang boleh buat untung tetapi adakah perak terus relevan dlm jangka masa panjang?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Pelaburan Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG