Pelaburan dalam emas – untung ke rugi?

Posted on the January 30th, 2010 under Pelaburan emas by dynn

Hari nie aku citer sikit pasal pelaburan dalam emas.Memang bila cakap emas jer sure org cakap emas mahal.Memang mahal pun.Biasa yang kita tahu bila cakap emas nie org bayangkan emas perhiasan yg pompuan pakai tu jer mcm gelang ,cincin dan sebagainya.Tapi berapa ramai yg tahu emas sebagai salah satu pelaburan? Mesti ada yg tau…dan ade jugak tak nak ambik tau.Jom kita jejaki harga emas semasa berbanding setahun lepas.Emas yg aku nak discuss kat sini adalah emas bar atau emas jongkong (emas 999) bukan emas yg buat perhiasan tuh (emas 916).

Kalau dilihat pada harga emas dunia sekarang nie agak turun berbanding dengan harga pada hujung tahun 2009 yg pada masa tersebut mencecah lebih dari $1,200 per ounce (31.1 gram).Harga emas dunia sekarang adalah pada $1,100 per ounce.Saya dah jejaki harga emas ini bermula dari Jun 2008.

Pada Jan 2008, harga emas dalam lingkungan $900 per ounce. Kalau kita buat ratio harga semasa dengan harga pada $900 berapa dia punya kenaikan? Kalau kita kira secara kenaikan harga adalah 22%.Jadi kalau kita beli time Jan 2008 dan jual sekarang, keuntungan yg kita dapat lebih dari 20%.Woww…banyak tuh.Kalau melabur dalam ASB lebih kurang 8% jer.Tapi perlu diingat kedua-dua instrumen pelaburan ini mempunyai pro and cons dia tersendiri.

Kalau melabur dalam ASB kita mendapat keuntungan dari dividen manakala keuntungan dari emas adalah dari kenaikan harga emas semasa.Melabur dalam emas,tak yah pening turun-naik harga.Melabur dalam ASB, setiap RM1 yg kita laburkan kita dapat RM1 + dividen yang diberikan.Kalau melabur dalam emas  harga jual dan harga beli berbeza atau ini dipanggil spread.Perbezaan ini mengambil kira kos-kos lain yg telah dikenakan oleh penjual.

Bersambung…

8 Responses to 'Pelaburan dalam emas – untung ke rugi?'

  1. January 30, 2010 at 10:52 AM
    student
  2. January 31, 2010 at 12:38 AM
    2bz4money
  3. January 31, 2010 at 9:08 PM
    KNizam
  4. January 31, 2010 at 10:46 PM
    zamz
  5. February 1, 2010 at 3:04 AM
    KNizam
  6. February 1, 2010 at 4:50 AM
    dynn
  7. February 6, 2010 at 12:58 AM
    2bz4money
  8. February 11, 2010 at 12:50 AM
    syahir

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


CommentLuv Enabled