0

Pelaburan dalam hartanah ..satu kajian

Pelaburan hartanah bukan asing lagi dalam dunia pelaburan masa kini. Kalau dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan hartanah adalah merupakan pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi iaitu didalam 20-30% dalam masa setahun.Malah sebagaimana yang kita tahu nilai hartanah adalah semakin naik dari tahun ke tahun.Ini tidak dapat dinafikan lagi ianya juga sebagai hedge kepada inflasi atau pelindung kepada inflasi.Mana tak nya walaupun inflasi nilai hartanah tidak akan turun cuma mungkin kadar kenaikannya agak slow sedikit tapi inflasi masih tidak dapat mengatasi nilai hartanah.

Satu yang menarik bukan? Tapi adalah kita sanggup melabur dalam bidang ini ? Bangsa lain telah pun melihat bidang ini dapat menjamin pendapatan pasif yang lumayan.Jadi kita bila lagi?

Aku dalam proses untuk mempelajari selok-belok berkenaan dengan hartanah nie.Asalnya adalah dari membaca buku Azizi Ali.Memang menarik buku-buku hasil tulisan beliau.Ia membuka minda kita dalam bidang perancangan kewangan dan pada masa yang sama dapat membantu kita dalam mencapai matlamat kewangan kita.

Dari pada pembacaan dan kajian yg dibuat sebagai permulaan pelaburan hartanah yg sesuai untuk pelaburan dan mudah untuk mendapat keuntungan adalah low atau medium cost apartment.Sebab harganya dalam lingkungan RM50,000 hingga RM80,000 bergantung kepada kawasan.Dan kalau kita selidik pada harga RM60,000 ansuran pinjaman sebulan tak lebih dari RM300 sebulan.Bayangkan pada ansuran sebulan kemudian disewa dengan RM500 kira dah untuk RM200 yer tak? Itu baru sebuah rumah kalau ada 5 biji rumah dah RM1,000. Sapa nak bagi RM1,000. Lepas tu pulak ansuran bulanan penyewa yg bayar. Tak menarik ke? Untuk low atau medium kos apartment kos guaman dan pendahuluan (10%) tak sampai RM10,000. Bayangkan bulan2 kita dapat RM200 setahun dah RM1,200. Dengan kos yg kita keluar hanya RM10,000. So berapa ROI dia? Korang kira lah sendiri…rasa-rasa tinggi ke tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Credit Card, News

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG