12

Pelaburan dalam emas – untung ke rugi?

Hari ini aku citer sikit pasal pelaburan dalam emas.Memang bila cakap emas jer sure org cakap harga emas mahal.Kalau dilihat harga emas semasa memang mahal pun.Biasa yang kita tahu bila cakap emas nie org bayangkan emas perhiasan yg pompuan pakai tu jer mcm gelang ,cincin dan sebagainya.Tapi berapa ramai yg tahu emas sebagai salah satu pelaburan? Mesti ada yg tau…dan ade jugak tak nak ambik tau.Jom kita jejaki harga emas semasa berbanding setahun lepas.Emas yg aku nak discuss kat sini adalah emas bar atau emas jongkong (emas 999) bukan emas yg buat perhiasan tuh (emas 916).

Kalau dilihat pada harga emas dunia sekarang nie agak turun sedikit berbanding dengan harga pada hujung tahun 2009 yg pada masa tersebut mencecah lebih dari $1,200 per ounce (31.1 gram).Harga emas dunia sekarang adalah pada $1,100 per ounce.Saya dah jejaki harga emas ini bermula dari Jun 2008.


Pada Jan 2008, harga emas dalam lingkungan $900 per ounce. Kalau kita buat ratio harga semasa dengan harga pada $900 berapa dia punya kenaikan? Kalau kita kira secara kenaikan harga adalah 22%.Jadi kalau kita beli time Jan 2008 dan jual sekarang, keuntungan yg kita dapat lebih dari 20%.Woww…banyak tuh.Kalau melabur dalam ASB lebih kurang 8% jer.Tapi perlu diingat kedua-dua instrumen pelaburan ini mempunyai pro and cons dia tersendiri.

Kalau melabur dalam ASB kita mendapat keuntungan dari dividen manakala keuntungan dari emas adalah dari kenaikan harga emas semasa.Melabur dalam emas,tak yah pening turun-naik harga.Melabur dalam ASB, setiap RM1 yg kita laburkan kita dapat RM1 + dividen yang diberikan.Kalau melabur dalam emas  harga jual dan harga beli berbeza atau ini dipanggil spread.Perbezaan ini mengambil kira kos-kos lain yg telah dikenakan oleh penjual.

 

Update terkini : 07 April 2011

Bila masa yang sesuai untuk melabur dalam emas?

Hari ini kalau lihat pada harga emas semasa adalah semakin menaik.Jadi sekarang ini memanglah masa yang sesuai untuk melabur emas.Ini kerana harga emas bukan macam melabur dalam saham turun naik yg significant, harga emas memang sentiasa naik.Kalau turun pun pada kadar yg kecil dan sementara.Jadi kalau memang dah ada modal boleh start melabur dalam emas.Bandingkan sahaja emas pada tahun lepas pada bulan yang sama dengan tahun ini.Kalau dikaji kenaikan harga emas adalah lebih dari 20%.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: News, Pelaburan emas Tags: , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

12 Responses to "Pelaburan dalam emas – untung ke rugi?"

  1. student says:

    mmg untung pun main emas ni…tak rugi…

  2. 2bz4money says:

    Modal dah cukup utk nak beli emas PG..hg pun cukup low skrg..tengah brfikir strategi short/long term skrg ni..

  3. KNizam says:

    hengat nak melabur gak la. hehe 🙂

  4. zamz says:

    knizam ko melabur kat pakistan jelah haha

  5. KNizam says:

    haha sibuk ar ko zamz. hehe 🙂

  6. 2bz4money says:

    Best tengok hg emas every weekend. Memang paling sesuai utk lock in..last week 1076/ounce; this week 1056/ounce..then, next week 996/ounce! how low it can go?

  7. syahir says:

    aku dari dulu lg dah perasan mas ini memang simpanan yang bagus…terus terang aku cakap…aku pun dah start melabur dalam emas..baru baru ini la…

  8. saya maunya yang untung ajalah, ga mau yang rugi,….

  9. egold says:

    syahir,tahniah pada anda,biakkan emas anda tu setiap 6 bulan,sekali,cuma aku je yg tak pandai disiplin diri.

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG