Sebelum ni saya ada cerita berkenaan dgn pembelian rumah kali ke-2 yg agak mencabar dan banyak dugaan yg kitorang terpaksa lalui.Jadi hari ni pulak kitorang ambil cuti untuk settlekan pengeluaran rumah guna duit akaun KWSP sebab consent dari Pejabat Tanah dah dapat.Cepat jugak dapat consent tak sangka boleh dapat secepat ni sebab kurang dari sebulan.Sebenarnya kitorang memang tgh tunggu dokumen ni jer untuk proceed submit borang ke KWSP.Jadi pepagi lagi kitorang pegi jumpa lawyer SnP untuk dapatkan salinan consent tu.
Berikut cara-cara nak keluarkan dui KWSP bagi rumah ke-2 secara umum yg kitorang lalui dan mungkin boleh dibuat rujukan.Untuk pengeluaran kali ke-2 rumah yg pertama perlu dijual dulu melainkan kita tak pernah keluar duit KWSP.
Dokumen yg diperlukan sebagai bukti penjualan rumah pertama adalah S&P penjualan rumah pertama dan Deed of Assignment (ikut jenis property).
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.
Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fauzana,
Berikutan kemenangan itu, beliau memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail 2.0L berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi. Siti Nurhaliza sebelum ini memenangi gelaran ABPBH edisi 1996/97, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2004.
Beliau juga mengekalkan populariti malam tadi apabila buat kali ke-13 berturut-turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular dengan mengetepikan pencabarnya Stacy, Yuna, Jaclyn Victor dan Mila.
Sumber : BHarian Online
Tahniah la Siti yer…untung betul bila menang ABPBH…dapat kereta,barang kemas,dapat perabot lagi lepas tu pakej melancong.Kalau rasa kereta yg ada dah banyak sangat dan tak tau nak letak kat mana bagi la sini satu..
Saya mahu blog saya dijelajah oleh Ben Ashaari kerana saya ingin Ben Ashaari memperkenalkan blog ini kepada rakan-rakan blogger lain dan pada masa yang sama dapat berkongsi pendapat yg dapat memberi manfaat.

Bermula hari ini DiGi akan menjadi pembekal kedua iPhone 3Gs selepas Maxis yg hampir setahun yg menjadi pengedar tunggal.Package yg ditawarkan oleh DiGi dilihat lebih murah berbanding dengan Maxis.
Untuk peminat-peminat gadget, package bermula dari RM95 sebulan (plan 0% easy payment plan)dimana anda akan mendapat iPhone 3Gs 8GB bersama dengan plan iDiGi88 dengan diikat selama 36 bulan. Dengan iDiGi88 ,bulanan percuma adalah Voice(200 min),SMS (200),MMS (20) dan Internet (1GB).
Sekiranya untuk lagi jimat anda boleh beli secara tunai hanya RM1,744 bagi iPhone 3Gs 8GB.Package ini bersama dengan iDiGi88 plan selama 6 bulan sahaja.
Bank yg participate bagi 0% easy payment plan : AMBank.CIMB Bank, Maybank , Citibank dan HSBC.
Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi telah meninggal dunia pada 12:30 mlm tadi di Hospital Selayang setelah menghidapi Dangue Shock Syndrome.
Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan semoga roh beliau digolongkan dikalangan mereka yg mendapat rahmat Allah.
ALFATIHAH..
Tanggal 25hb March lepas, Telekom Malaysia (TM) telah menempa sejarah baru dgn memperkenalkan produk Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau UNIFI yg berkelajuan 5Mg,10Mg dan 20Mg untuk pelanggan kediaman.Ia dipakejkan bersama Jalur Lebar , IPTV (video) dan kemudahan telefon.Tiada caj pemasangan.Tiada caj atas peralatan(setup-box,unit gerbang kediaman dan unit rangkaian optikal yg).Tiada deposit.
Pakej dan harga pelanggan adalah seperti berikut :
| Pakej dan kelajuan |
5Mbps |
10Mbps |
20Mbps |
| Harga sebulan |
RM149 |
RM199 |
RM249 |
Ketika ini perkhidmatan UNIFI boleh dilanggan oleh pelanggan yg berada di kawasan Taman Tun Dr Ismail,Bangsar,Shah Alam dan Subang Jaya.
Pakej juga ditawarkan kepada pelanggan perniagaan pada harga yg berlainan.
Untuk keterangan lanjut sila lawati : www.unifi.my
Hari saya nak share sikit pasal earning Innity yg saya perolehi setelah hampir 2 bulan join Innity.Memang betul seperti yg saya beritahu sebelum ni earning dari Innity agak berlainan dari earning yg saya dapat dari ads tempatan lain(tapi tak leh lawan adsense).
Earning yang aku dapat memang lebih compare dengan pengalaman yg lepas-lepas guna ads tempatan lain.So hari ini saya nak share screen shot earning setakat ini.Mungkin tak banyak bagi setengah rakan-rakan lain.Tapi bagi saya satu tambahan kepada pendapatan yg sediada.Sape nak bagi free-free RM300 sebulan?Sambil tidur…org klik iklan duit still masuk.

Tapi saya tak amalkan budaya klik mengelik nie.Saya biarkan org yg klik secara organik bukan secara paksa.Ingat tu, tiada jalan pantas untuk berjaya.Kena usaha lebih sikit atau duplicate kejayaan org-org yg dah berjaya.Kepada yg belum dapat ape2 earning sabar dulu.Insyallah bila dah established plus berkat kesabaran, dapat jugak akhirnya nanti.
Apa itu Unit Amanah?
Unit trust atau unit amanah adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur yang mempunyai objektif yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain yg diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.
Pelabur didalam Unit Amanah tidak membeli saham/sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan pelabur didalam pelaburan unit amanah ini akan diberi didalam bentuk “unit”.Oleh itu setiap pelabur dipanggil sebagai “Pemegang Unit”
Duit semua pelabur akan dilaburkan ke sekuriti pelaburan mengikut pemilihan kelas unit amanah dilaburkan.Terdapat risiko yang perlu diketahui oleh pelabur dalam membuat pelaburan mereka.Setiap kelas unit amanah mempunyai risiko tersendiri.Kebiasaanya pelaburan yg mempunyai risiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi.Dan sebaliknya,pelaburan yg mempunyai risiko rendah, mempunyai pulangan yg rendah.

Hari ini cuti sebab nak pergi Kuala Lumpur Book Fair 2010.Ikutkan plan nak pergi sabtu lepas tapi time tu ade kenduri kahwin la pulak dekat kampung.Terpaksa tunda ke hari ni.Lagi pun kalau pergi hari cuti sure ramai gile orang.
Pukul 11:30am dah sampai kat PWTC.Ingatkan clear time-time orang keje nie, parking pulak penuh.Terpaksa cari parking dekat the Mall.Alhamdulillah dekat the Mall punya parking masih banyak lagi cuma nak kena la menapak sikit.OK la..dah sampai situ takan nak balik la pulak.Memang ada hajat nak beli buku kat sana.Boleh dapat 25% diskaun lagi.
Masuk jer PWTC, punya la ramai org terutama student yg buat rombongan.Memang ramai…sangkaan saya salah.
Ingatkan boleh la relaks-relaks sambil-sambil cuci mata sikit.Terpaksa la plan pergi terus tempat yg nak ditujukan.Plan nak pergi kedai Ana Muslim dan kedai PTS.Senang je pulak cari kedai Ana Muslim ..cari punya cari apa yg nak dibeli terus bayar …. pergi cari kedai PTS pulak.
PEKERJA wanita memakai tudung manakala lelaki bersongkok menjadi pelayan di restoran atau kopitiam yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh negara sudah menjadi pemandangan biasa. Rata-rata restoran itu pula diletakkan logo halal atau tulisan ‘Halal’ selain frasa ‘Ditanggung Halal’ bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis mereka menjual makanan halal.
Pengusaha juga bijak mengelirukan pelanggan dengan menggaji pekerja asing Indonesia dan Bangladesh, kemudian meminta mereka memakai tudung dan songkok supaya lebih nampak Islam. Justeru, tanpa syak atau ragu, orang Islam pun menikmati makanan di premis berkenaan kerana yakin restoran itu halal tanpa mempersoalkan benarkah makanan yang dihidangkan disediakan secara halal dari semua sudut.
Untuk lebih lanjut : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelayanbersongkok_tudungbukantandarestoranhalal/Article
Sudah sampai masanya kita bangun dan boikot peniaga-peniaga yg memperkotak-katikkan logo halal ini semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa mengira sensitiviti org Islam.