0

Musim kira cukai pendapatan kini bermula

Bermula 1 March 2012, semua yang berpendapatan tetap boleh start untuk membuat pengiraan kenaan cukai masing-masing bagi taksiran tahun 2011.Tarikh akhir penghantaran cukai pendapatan atau efilling adalah pada 30 April 2012 bagi mereka yang berpendapatan tetap.

 

 

Cyberjaya, 1 Mac – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2011 (BNCP 2011) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai hari ini, 1 Mac 2012.

Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my. LHDNM menyeru semua pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai pendapatan mereka segera dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Untuk siaran segera

Page 2 of 4

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi Borang BE, B, M, P dan E adalah seperti berikut:

Kategori

Jenis Borang

Tarikh Tutup

Penyata Majikan

Borang E

31 Mac 2012

Individu Bermastautin Mempunyai Pendapatan Penggajian dan Selain Perniagaan

Borang BE

30 April 2012

Individu Tidak Bermastautin Mempunyai Pendapatan Penggajian dan Selain Perniagaan

Borang M

30 April 2012

Individu Bermastautin Mempunyai Pendapatan Perniagaan

Borang B

30 Jun 2012

Individu Tidak Bermastautin Mempunyai Pendapatan Perniagaan Individu

Borang M

30 Jun 2012

Perkongsian

Borang P

30 Jun 2012

Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan e-Filing sebelum ini, perlu memohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu melalui e-mel pin@hasil.gov.my atau menghubungi talian 1-300-88-3010, manakala pengguna e-Filing yang terlupa kata laluan boleh set semula (reset) kata laluan e-Filing mereka dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik ikon pautan ‘ezHASiL’ pada Laman Web www.hasil.gov.my

2. Klik ‘e-Filing’

3. Klik butang ‘terlupa kata laluan’

4. Masukkan nombor Kad Pengenalan

5. Pilih soalan bagi petunjuk kata laluan

6. Masukkan jawapan bagi petunjuk kata laluan dan tekan butang ‘Hantar’

7. Masukkan kata laluan baru, sahkan dan tekan butang ‘Hantar’

Page 3 of 4

8. Login e-Filing

9. Lengkapkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan ‘Hantar’

Sekiranya pengguna e-Filing terlupa petunjuk kata laluan, mereka adalah dinasihatkan untuk menghubungi talian bantuan e-Filing di 03-4289 3535 (panggilan tempatan) dan +603-4289 3500 (panggilan antarabangsa) atau 1-300-88-3010. m-Filing inovasi terbaru LHDNM Bermula 1 Mac 2012 juga Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah memperkenalkan satu lagi inovasi terbaru bagi memudahkan urusan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan iaitu Mobile Filing atau m-Filing. Aplikasi ini disediakan bagi kemudahan individu pemastautin yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan (perlu mengisi Borang BE). Kini pembayar Cukai boleh menggunakan peranti mudah alih mereka untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan dan seterusnya menjelaskan amaun cukai yang dikenakan sebelum tarikh tutup penghantaran borang iaitu selewat-lewatnya pada 30 April 2012. Pengisian maklumat dan penghantaran borang boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa perlu memuat turun sebarang perisian tambahan. Antara peranti mudah alih yang disokong adalah: iPhone dan iPad dengan iOS versi 4.0 ke atas; Android versi 2.2 (Froyo) ke atas; BlackBerry (OS 6 ke atas) dan Playbook; Windows Phone versi 7.0 ke atas, 7.5 (Mango) disyorkan.

Page 4 of 4

Pembayar cukai tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan aplikasi m-Filing ini kerana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia masih mengekalkan penggunaan sijil digital sedia ada sama seperti yang digunakan untuk Aplikasi e-Filing. Dengan m-Filing penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Anda akan lebih Mudah, Tepat dan Selamat!

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my atau hubungi 1-300-88-3010.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: LHDN Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment
CommentLuv badge