7

Memilih web hosting provider – Part 2

Sambung balik pemilihan web hosting yg sesuai.Jadi bila blog atau website korang dah popular dan trafik pun dah start mencanak boleh la mula untuk cari web hosting yg lebih besar bandwidth dah juga space.Dari pengalaman aku, aku guna web hosting yg murah dan sta bil seperti Internet Webhosting.Sebab apa aku pilih Internet Webhosting? Sebab dengan harga RM80 boleh kita boleh host 15 domain dalam satu akaun dan bandwidth 50GB ,space 15GB.Bagi aku not bad la kan.So far aku ada 3 akaun dengan Internet Webhosting.Aku rasa hampir 4 tahu aku host dengan Internet Webhosting.

Kalau aku ada masalah dengan akaun hosting aku nih, diorang akan reply secepat yg mungkin.In term of payment pun ..boleh bayar melalui PayPal.Ni salah satu yg aku suka.Bagi aku memudahkan untuk aku buat pembayaran.

Selain dari tu aku pernah guna Exabytes.Tak sampai setahun aku terpaksa pindah ke hosting lain sebab website aku makan banyak bandwidth jadi selalu kena warning.Jadi bagi aku mungkin website yg aku ada tak sesuai hosting dekat situ.So tak sampai setahun  aku pindah ke web hosting lain.Lagi pun Exabytes agak mahal bagi aku sedangkan aku boleh dapat yg lebih murah.

Selain dari Sempoi Hosting, Internet Web Hosting dan Exabytes..aku menggunakan khidmat hosting dari ServerFreak untuk 1 domain jer.Yang lain aku ade jugak hosting dekat web hosting oversea seperti BlueHost (unlimited add on domain) dan juga HostGator (pun lebih kurang mcm BlueHost).BlueHost dan HostGator antara yg top among web hosting dekat oversea.Untuk web hosting oversea ni aku baru jer dalam 6 bulan…untuk aku tengok kesesuaian dan reliablity.So far tak de masalah.Walaupun mahal (dalam $90 setahun untuk BlueHost dan $9.95 sebulan bagi HostGator) tapi yg best aku boleh host domain aku unlimited.

Kesimpulannya, kalau yg newbie baru nak berjinak2 dengan hosting berbayar, saranan guna  hosting yg murah.Bila site dah establish dan dah start ada income bole la upgrade ke hosting yg sesuai dengan budget dan juga trafik site yg kita ada.

Jadi selamat mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: News, Umum Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

7 Responses to "Memilih web hosting provider – Part 2"

  1. Oh! Duit says:

    Memang agak pening memilih webhosting ni..huhu..buat pilihan terbaik dan bijak..
    nak link exchange,link blog saudara ada di sini :
    http://ohduit.com/oh-link/

  2. akubiomed says:

    Sampai 15 domain tentu boleh buat banyak subdomain dengan google Adsense

  3. titan says:

    yap. aku suka gak guna hostgator dan hosting luar. banyak yang best-best..

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG