3

Mahu kahwin duit tak cukup

2009/12/29 – KOSMO

SOALAN:
SAYA jejaka yang mahu mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, simpanan saya masih tidak mencukupi.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menyimpan duit dengan lebih berkesan supaya dapat digunakan untuk perkahwinan itu nanti. Tolonglah saya Dr.

Jejaka Pokai
Johor Baharu.
JAWAPAN:
Hasrat adik untuk berumah tangga adalah murni. Mendirikan rumah tangga boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diingini seperti maksiat. Dr empati dengan masalah adik yang masih tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk berkahwin.

Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi )

Jika adik serius untuk berkahwin, cuba usahakan majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan adik. Adik perlu merancang kewangan untuk tujuan perkahwinan itu.

Buat satu pelan simpanan dan dapatkan nasihat daripada institusi kewangan atau pakar kewangan dalam perkara ini. Adik juga boleh membaca buku berkaitan.

Sikap jimat-cermat boleh membantu adik dalam mengurus simpanan untuk tujuan perkahwinan dengan baik.

Sumber – KOSMO

Tengok betapa pentingnya merancang kewangan anda.Nak kawin pun tak cukup duit.Itu baru nak kahwin, belum lagi lepas kahwin lagi la perlukan duit untuk menampung keperluan asas seperti rumah,kenderaan,bil air,bil api,susu anak dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Financial Planning, News Tags: 

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

3 Responses to "Mahu kahwin duit tak cukup"

  1. 2bz4money says:

    Berkahwin..itulah yg mematangkan fikiran kita..kena belajar pengurusan kewangan dan mempunyai sikap lebih bertanggungjawab..Jgn risau, selepas berkahwin nnti rezeki lebih melimpah ruah kerna dah ada kesedaran dan bijak urus wang..
    .-= 2bz4money´s last blog ..ALWAYS ASK, NEVER ASSUME !! =-.

  2. Azly says:

    Kalau nak tnggu duit kahwin mmg takkan pernah cukup. Kenalah berusaha2 tapi bagus juga Jejaki pokai ni mntk nasihat kaunseling. Maknanya dia ada gak usaha kan? hehe

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG