11

Macamana nak register Debit Card – Public Bank Visa Electron

Kepada rakan-rakan yg nak register Public Bank Debit Card Visa Electron, kat sini aku nak share info step2 untuk bukak akaun PB Debit Card

Berikut adalah secara ringkas untuk korang register Public Bank :

  • Pegi cawangan Public Bank terdekat dengan kawasan anda samada berdekatan dengan ofis atau tempat tinggal.
  • Dekat kaunter tu cakap nak buat Debit Card Visa Electron – biasa kaunter dia dekat officer yg duduk dekat meja yg open tuh bukan dekat kaunter yg biasa untuk tujuan keluar masuk duit.
  • Lengkapkan borang dan submit balik kat officer tuh.
  • Bila dah selesai korang boleh la balik sebab korang kena tunggu surat dari PB.
  • Lepas 2-3 minggu korang akan dapat surat suruh masukan duit ke no. akaun yg dinyatakan pada surat tuh.Ada banyak cara untuk korang masukan duit tu samada pegi mana2 cawangan (jgn lupa bawak no. akaun tuh) atau korang boleh buat interbank transfer sebanyak kalau tak silap RM25 jer.Kira no. akaun tu adalah no. akaun bagi korang punya Debit Card lah.
  • Kemudian, korang kena tunggu lagi 1-2 minggu untuk debit kad tu sampai atau surat suruh korang datang ambil dekat cawangan bergantung pilihan korang masa isi borang memula tadi.No PIN ATM debit kad tu pun akan sampai secara berasingan dari surat peneriman debit kad.
  • Bila dah ada debit kad dan no. PIN korang boleh lah addkan kad debit pada akaun Paypal korang untuk tujuan verify.

Tapi kalau korang nak online statement, korang kena bukak saving akaun dulu lepas tu mintak untuk bukak Online Banking dan linkkan dengan Debit Kad korang yg dah terima tadi tuh.Saving akaun ni korang boleh bukak lepas korang dapat debit kad tuh.Untuk bukak saving kena bayar RM250.Korang akan dapat buku saving + ATM kad sekali.Jadi korang akan ada dua kad.Satu kad ATM biasa satu lagi kad debit.Kalau ada online statement lagi mudah sebab korang tak yah tunggu statement untuk check transaction history.OK faham tak? Aku harap korang paham la ehh.Kalau tak paham korang bagi la komen.

Update terkini :

Macamana nak activekan akaun saving PB yang jadi inactive?

Ada dua cara untuk aktifkan akaun PB..pertama bank-in duit dalam akaun saving tu atau kedua keluarkan duit dari kaunter PB.Jumlah minimum RM10.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: News, Umum Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

11 Responses to "Macamana nak register Debit Card – Public Bank Visa Electron"

  1. jugolam says:

    Assalamualaikum.
    1. Saya ada Kad Debit Public Bank.
    2. Saya tak ada akaun Public Bank.
    3. Saya sekarang berada di Mesir.
    4. Saya pernah cuba untuk verify PayPal menggunakan Kad Debit ini. Tapi tak boleh sebab PayPal kata dia tak dapat caj pada Kad Debit saya.
    5. Apa yang perlu saya buat untuk verify PayPal dan gunakan Kad Debit tersebut untuk online transaction?

    Terima kasih.

  2. Anuar says:

    yep..baru aje apply, tp yg peliknya kad sampai dulu..takde plak surat suh masukkan duit dalam akaun..lepas dpt kad tu try la masukkan duit..pakai CDM…ok plak..

    cuma tak tau pin..cmana eh..nak try cucuk dalam ATM tak berani..sbb takde no pin lg..tp try online transaction..baru dpt activate..pelik tul..hehe..

  3. aura says:

    I have received the card. You will get the PIn number after a week I think.

    But the problem now is.. I don’t know how to use the CDM to transfer money into my card. Can you help me with this? What number should I use to make a deposit for my PB debit card using CDM.

    Just like Anuar, I didn’t receive any letters asking me to transfer the 25 ringgit.

    • dynn says:

      Boleh transfer melalui MB2u melaui GIRO transfer . Pilih transfer to Public Bank.Pilih payment for Credit Card Payment.Kemudian masukkan 16-digit akaun yg ada pada card Visa Electron. Now your transfer is DONE.Just wait for PB to activate your account.

      Kalau kes macam Anuar – call customer care dia.Cakap pin tak sampai.Diorang akan tukar card baru bersama no pin yg baru.Kad lama jadi dah tak valid.

  4. aura says:

    GIRO Transfer through MB2u Cash Deposit Machine?

    Why can’t I use the PB Cash Deposit Machine to make the transfer?

    Thank you Dynn For the very Fast Reply 😀

  5. wa says:

    ohw tq bro nak pi wat ari nie

  6. zaleha says:

    baru nak buka acount paypal ,camne…

  7. adie says:

    aku baru jak dapat kad debit ni..hehe,senang jek klu nk korang nk tambah duit dalam kad tu.. pergi ke mana2 cawangan Public Bank yang terdekat.. guna CDM,xperlu masukkn kad debit.. pilih bahasa korng nk.. plih bayar kad kredit… msukkn 16 numbor kad debit korang.. then msukkn berapa duit korang nk tambhkn dalam kad tu..klik finish klu dah ok,…… selesai!! hehee.. pin yang korng dapat tu digunakan kt ATM yang sokong Visa.. tuk korng kluarkn duit dan klu nk gunakan kad debit kt shoppping,korng perlukn pin tuk sahkan pembelian secara kad….=)

  8. zaleha says:

    Debit Card yang mana satu paling cepat siap

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG