KWSP dah umumkan dividen sebanyak 6% yang merupakan dividen yang paling tinggi dalam tempoh 10 tahun.Harap prestasi kenaikan dividen ini akan terus naik ditahun-tahun hadapan.
2012/02/19
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6 peratus bagi tahun kewangan 2011, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, dalam satu kenyataan berkata walaupun persekitaran pelaburan mencabar, ia prestasi terbaik sejak 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburannya. – BERNAMA



kwsp pn dividen tinggi jgk…untunglah..alhamdulillah..