1

Kuala Lumpur Book Fair 2010

Hari ini cuti sebab nak pergi Kuala Lumpur Book Fair 2010.Ikutkan plan nak pergi sabtu lepas tapi time tu ade kenduri kahwin la pulak dekat kampung.Terpaksa tunda ke hari ni.Lagi pun kalau pergi hari cuti sure ramai gile orang.

Pukul 11:30am dah sampai kat PWTC.Ingatkan clear time-time orang keje nie, parking pulak penuh.Terpaksa cari parking dekat the Mall.Alhamdulillah dekat the Mall punya parking masih banyak lagi cuma nak kena la menapak sikit.OK la..dah sampai situ takan nak balik la pulak.Memang ada hajat nak beli buku kat sana.Boleh dapat 25% diskaun lagi.

Masuk jer PWTC, punya la ramai org terutama student yg buat rombongan.Memang ramai…sangkaan saya salah.
Ingatkan boleh la relaks-relaks sambil-sambil cuci mata sikit.Terpaksa la plan pergi terus tempat yg nak ditujukan.Plan nak pergi kedai Ana Muslim dan kedai PTS.Senang je pulak cari kedai Ana Muslim ..cari punya cari apa yg nak dibeli terus bayar …. pergi cari kedai PTS pulak.

Tapi PTS punya kedai kena seberang bangunan.Jadi kitorang kena keluar dan follow jer diorang punya direction.Tak susah mana pun cuma sesak sikit.Dekat PTS beli buku dalam 5-6 jenis buku.Mostly buku-buku yg dibeli berkaitan dengan motivasi dan berunsur keagamaan.Total tak sampai pun RM100 selepas diskaun 25%.So kalau korang nak diskaun bawak kupon.Dapatkan kupon tu kat bawah ni.


Jumpa kami di sana!

Dah selesai bayar terus cabut balik.Time tu pun dah dekat kul 1:00pm..perut pun kelaparan.Lepas tu ktiorang pergi ke Wangsa Walk dan makan dekat kedai Ayam Penyet.Tak de la menarik pun makan dekat Ayam Penyet ni.Tapi dah tak de choice.Belasah jer lah.

Kesimpulan dia kalau korang nak pegi pesta buku ni, make sure plan dulu apa yg korang nak beli.Jangan main belasah jer.Tempat dia besar.Memang tak habis sehari kalau nak tengok satu-satu.Jangan lupa printkan PTS punya diskaun.Buku-buku PTS memang best-best.

Layan gambar-gambar yg sempat ambil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: News, Umum Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

One Response to "Kuala Lumpur Book Fair 2010"

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG