2

Kesilapan Kewangan Umum

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan. Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya. Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti : i- Apakah 3 matlamat kewangan anda? ii- Bila jangka masa pencapaiannya? iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan? Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik. Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour? Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang. Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang punjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi. Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah. Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda? Sumber : BicaraJutawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Credit Card, News

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

2 Responses to "Kesilapan Kewangan Umum"

  1. Sunthara says:

    Terima kasih atas tips di atas yang saya tulis dalam ruangan “Mengurus Kewangan” dalam Mingguan Wanita. MW kemudiannya membukukan artikel-artikel saya dalam bentuk buku “Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang”. Sejak itu beberapa forum termasuk BicaraJutawan telah menyebarkan maklumat ini. Sebarai buku-buku saya yang lain diberikan di bawah.

    Sunthara Segar H/P: 0178719444
    http://www.suntharasegar.com
    Certified Financial Planner ,Registered Financial Planner
    Certificate in Islamic Financial Planning
    Writer,Marketing and Copywriting Consultant
    Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
    Penulis dan Penyunting kompilasi artikel MW – Buku Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang
    Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
    1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
    2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
    3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
    4) Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful
    5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG