3

Jangan ambil mudah jadi penjamin

 

SAYA sebenarnya telah disenarai hitam oleh pihak bank kerana saya menjadi penjamin kepada seorang rakan yang tidak bertanggungjawab. Saya ingin mengetahui sama ada pihak bank masih boleh menimbangkan permohonan saya membuat pinjaman untuk membeli kereta baharu.

MASALAH pembayaran balik hutang adalah sebahagian lumrah kehidupan dan tidak ramai orang yang terlepas daripada kesilapan ini. Pada peringkat yang paling asas, masalah ini mungkin timbul kerana anda terlupa membuat bayaran tepat pada masanya.

Anda mungkin dikenakan denda kecil tetapi tidak serius kerana tiada kesan dalam jangka panjang.

Namun begitu, jika nama anda dimasukkan dalam senarai hitam, ia bukan lagi masalah kecil dalam laporan kredit anda – ini satu tanda amaran besar kepada pemberi pinjaman.

Selepas disenarai hitam, anda tidak layak lagi untuk mendapat segala jenis pinjaman. Prosedur untuk dikeluarkan daripada senarai hitam juga amat rumit.

Ramai orang beranggapan bahawa tiada masalah untuk menjadi penjamin kepada orang lain; semudah meminjamkan kereta kepada kawan.

Tetapi jika kereta tersebut mengalami kemalangan, di situlah masalah anda bermula. Dalam keadaan yang sama, apabila anda menjadi penjamin kepada orang lain, anda mungkin menjadi mangsa.

Jika anda pernah menjamin seseorang dan beliau mengalami masalah kewangan dan gagal membayar, tuntutan juga akan dibuat terhadap anda dan nama anda akan dimasukkan dalam rekod senarai hitam dan rekod ini akan kekal dalam laporan kredit anda – walaupun selepas kawan anda menjelaskan segala hutang dan menyelesaikan masalah tersebut.

Malah, masalah besar seperti disenarai hitam mungkin kekal dalam laporan kredit anda selama bertahun-tahun, menjejaskan markah kredit anda.

Walaupun masalah kredit anda timbul kerana gagal membayar, tempoh tertentu diperlukan sebelum tanda tersebut hilang daripada laporan kredit dan menaikkan markah kredit anda untuk mencerminkan rekod pembayaran semasa yang lebih baik.

Ini bermakna jika anda menghadapi masalah besar seperti disenarai hitam atau muflis, anda mungkin terpaksa menunggu sehingga nama anda dikeluarkan sepenuhnya daripada rekod. Sebagai contoh, jika anda telah diisytiharkan muflis atau telah disenarai hitam, kredit anda terjejas teruk dan anda tidak mungkin mendapat sebarang bentuk pinjaman.

Walaupun markah kredit anda sekarang ini cukup baik, anda mungkin perlu memerlukan lebih masa untuk meningkatkan penarafan kredit secukupnya bagi mendapatkan pinjaman.

Institusi kewangan mungkin mempunyai dasar pinjaman berbeza. Dalam memproses permohonan pinjaman, institusi kewangan akan melakukan penilaian kredit ke atas peminjam.

Ini mungkin membabitkan pemeriksaan latar belakang daripada pelbagai sumber, antara lain, Biro Kredit sahih atau agensi seperti CTOS Sdn. Bhd. (CTOS), Financial Information Services Sdn Bhd (FIS), RAM Credit Information Sdn Bhd (RAM) atau Central Credit Reference Information System (CCRIS), sebuah sistem maklumat yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat yang disediakan oleh agensi rujukan kredit akan membantu institusi kewangan dalam proses penilaian mereka.

Justeru, masing-masing mungkin mempunyai penilaian berbeza terhadap kedudukan anda.

Jika anda mempunyai masalah kredit, cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah dengan mendapatkan penjelasan daripada bank yang terbabit atau anda boleh mengemukakan pertanyaan di http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau menghubungi BNMTELELINK at 1-300-88-5465.

Sumber – Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Umum

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

3 Responses to "Jangan ambil mudah jadi penjamin"

  1. Betul tu.. mestilah berhati2x jika nak jadi penjamin.. kalau sudah masuk senarai hitam… susah la jadinya nanti..

  2. fazrol says:

    Sokong.. member saya ada yg dah terkena.. kecian..

  3. hafidz says:

    ni lah masalahnya.
    disebabkan orang lain punya hal. orang lain pula yang menjadi mangsa.
    hafidz´s last blog post ..Movie Review : Real Steel

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG