2

Isu berkenaan dengan aduan Starbuck Coffee

Berikut kenyataan media oleh Halal Jakim berkenaan dengan aduan Starbuck Coffee.

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012.

Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Dipetik dari Portal Halal Jakim.

Tak minat nak masuk kedai  macam ni pun.Itu pun dulu pernah sekali sebab orang belanja.Kalau sesaja nak pergi tak de lah saya nak masuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Umum Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

2 Responses to "Isu berkenaan dengan aduan Starbuck Coffee"

  1. hairul azni says:

    dulu2 pernah la masuk untuk dapat wifi percuma..order air secawan, duduk berjam2…sekarang dah ada wifi dan iphone, tak pernah terfikir pun nak singgah..

  2. kopisoda says:

    seingat aku, minum kat starbuck ni setahun sekali jer huhu.

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG