2

Harimau Malaya tersingkir..tapi

Memang mendukacitakan dengan keputusan perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Singapore malam tadi.Jutaan perminat bolasepak tanah air memang menantikan satu kejutan dan kemenangan seterusnya melayakkan diri ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia.Walaupun kalah kita sentiasa menyokong pasukan bolasepak kita yang telah pun bermain habis-habisan yang boleh.Saya sendiri pun berdebar-debar tengok game malam tadi.

Kita kena terima keputusan tersebut sebab kalah menang tu adat permainan.Jangan la pulak bila menang saja kita sokong…bila kalah kita dah tak sokong.Mesti ada hikmah disebalik kekalahan tu.Diharap pasukan kita akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada.Prestasi pasukan bolasepak kita baru nak menaik setelah sekian lama gagal dalam arena antarabangsa salah satu sebab adalah kerana gejala rasuah.Jadi ini kira satu permulaan bagi bolasepak tanah air kita.Kita kena memberi sokongan padu bagi menaikkan semangat pemain bolasepak Malaysia untuk sentiasa memberikan persembahan yang terbaik.

Walaubagaimanapun kita masih ada lagi peluang iaitu untuk pasukan Harimau A yang akan meneruskan cabaran bagi kelayakan Olimpik yang akan dijalankan pada bulan Oktober nanti.Jadi harap2 dapat membawa satu lagi kejutan.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Sukan Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

2 Responses to "Harimau Malaya tersingkir..tapi"

  1. hairul azni says:

    Aku akan tetap setia menyokong Harimau Malaya..

    ** sama la..berdebar-debar tengok game semalam…

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG