3

Esok bermula sesi persekolahan 2011

Salam semua.Esok mulalah sesi persekolahan tahun 2011.Kepada rakan-rakan yg ada anak yg darjah satu mula la espisod baru. Mungkin esok agak mencabar sikit.Maklumlah anak-anak baru nak start sesuaikan diri.Ade yg nak kena tunggu sampai habis sekolah.Ade yg menangis.Ade yg happy sebab ramai kawan baru.

Hari ni baru jer belikan beg sekolah anak aku.Lambat beli sebab ada syarat nak kena penuhi sebelum beli beg sekolah baru.Beg sekolah tahun lepas ada lagi.Masih cantik.Tapi nak jugak beg baru.Jadi terpaksa aku letak syarat kalau dia nak beli beg baru.

Apa syarat dia? Syarat dia adalah aku suruh dia hafal sifir dari start cuti sekolah hari tuh.Oleh kerana anak aku dah pass hafal sifir baru la aku belikan beg sekolah baru sebagai hadiah.Kalau nak ikut memang tak payah beli pun.

Time aku dulu takut tak hafal sifir sebab nanti kena marah dgn cikgu kalau tak hafal.Dulu kalau ada murid-murid yang tak hafal sifir kena denda berdiri atas kerusi.Tak pun kena denda balik lambat.Mak bapak sekarang nampak gaya kena kerja lebih sikit.Tak boleh nak harap sekolah jer.Silap2 start darjah satu dah kena pegi tuiyen.

Kepada adik-adik kat luar sana ..selamat menempuhi alam persekolahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: News, Umum Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

3 Responses to "Esok bermula sesi persekolahan 2011"

  1. Ali ridha says:

    saya tak suka ke sekolah.heee..

  2. jue says:

    bagus2.. patut buat camtu supaya budak2 ni nak belajar

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG