2

E-Filling bagi income tax 2010 bermula

Penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 melalui e-filling terutama bagi mereka yang makan gaji telah pun bermula pada 1 Mac 2011.

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011. Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.

LHDNM menyeru semua pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai pendapatan mereka segera dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi Borang BE, B, M, P dan E ialah:

Majikan (Borang E) 31 Mac 2011
Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE) 30 April 2011
Pendapatan Selain Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M) 30 April 2011
Pendapatan Perniagaan Individu Bermastautin (Borang B) 30 Jun 2011
Pendapatan Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M) 30 Jun 2011
Perkongsian (Borang P) 30 Jun 2011
Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan e-Filing sebelum ini, perlu
memohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu melalui e-mel pin@hasil.gov.my atau
menghubungi talian 1-300-88-3010, manakala pengguna e-Filing yang terlupa kata
laluan boleh set semula (reset) kata laluan e-Filing mereka dengan mengikuti langkahlangkah
berikut:
1. Klik ikon ‘ e-Filing’ pada Laman Web www.hasil.gov.my
2. Klik butang ‘terlupa kata laluan’
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan
4. Pilih soalan bagi petunjuk kata laluan
5. Masukkan jawapan bagi petunjuk kata laluan dan tekan butang ‘Hantar’
6. Masukkan kata laluan baru, sahkan dan tekan butang ‘Hantar’
7. Login e-Filing
8. Lengkapkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan ‘Hantar’
Sekiranya pengguna e-Filing terlupa petunjuk kata laluan, mereka adalah dinasihatkan untuk menghubungi talian bantuan e-Filing di 03-4289 3535 (panggilan tempatan) dan +603-4289 3500 (panggilan antarabangsa) atau 1-300-88-3010.

Sumber : www.hasil.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: e-filing, LHDN, News, Taxation Tags: , , , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

2 Responses to "E-Filling bagi income tax 2010 bermula"

  1. Ya, Thank your info.
    Minyak Zaitun´s last blog post ..Manfaat Minyak Zaitun untuk Ibu Hamil

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG