1

Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 15 peratus

Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah mengumumkan pengagihan divden bagi tahun 2011 sebanyak 15% naik 1% berbanding tahun lepas iaitu 14%.Memang banyak kalau 15% peratus ni.Tapi tabung angkatan tentera ni hanya untuk tentera jer.Jadi orang awam tak boleh nak melabur.Dividen ini antara pengagihan dividen yang agak tinggi seperti Bank Rakyat.

Untuk maklumat lanjut :

 

 

2012/02/09

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan bayaran dividen dan bonus 15 peratus bagi tahun kewangan 2011 kepada pencarumnya, berbanding 14 peratus tahun lalu. 



Jumlah itu merangkumi dividen biasa tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas tujuh peratus dalam bentuk unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif.

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran bagi dividen dan bonus itu berjumlah RM680.4 juta, naik 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun lalu.

 

Beliau berkata, LTAT berjaya mencatatkan jumlah pendapatan RM862.7 juta, tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada 2010, sekali gus rekod tertinggi sejak LTAT ditubuhkan 39 tahun lalu. 



“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian LTAT pada 2011 dan ini membuktikan LTAT berjaya menguruskan dana dan mengekalkan prestasinya yang cemerlang dalam senario ketidaktentuan ekonomi global berikutan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat. 



“LTAT akan terus menyemak semula strategi, tahap risiko dan membuat pemantauan yang rapi terhadap portfolio pelaburannya, selain terus mengenal pasti peluang pelaburan baru di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 



Ahmad Zahid berkata, LTAT berjaya memenuhi sebahagian besar tuntutan pencarum dari segi pemberian faedah dan kemudahan, termasuk bayaran balik wang caruman sebanyak RM705.7 juta kepada 6,115 pencarum yang tamat perkhidmatan dan RM23.3 juta kepada 4,034 pencarum yang layak membeli rumah kediaman pertama atau sebidang tanah di bawah Skim Pengeluaran Perumahan LTAT. 

“Selain itu, LTAT dan kumpulan syarikatnya membelanjakan sebanyak RM42.7 juta bagi membiayai pelbagai program biasiswa dan bantuan lain untuk anak anggota yang layak serta membuat bayaran sejumlah RM6.5 juta kepada 267 pencarum di bawah Skim Khairat Kematian dan Hilang Upaya. 



“Daripada jumlah ini, RM4.6 juta dibayar kepada 192 waris pencarum yang meninggal dunia di bawah Skim Faedah Khairat Kematian dan RM1.9 juta lagi dibayar kepada 75 anggota di bawah Skim Faedah Hilang Upaya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Pelaburan Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

One Response to "Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 15 peratus"

  1. Juan says:

    wahhh, banyak tuh

Leave a Reply

Submit Comment
CommentLuv badge