1

Dividen Bank Rakyat 2014 15%

Bank Rakyat telah mengumumkan dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2014.

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat tertinggi dalam sejarah RM2.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat berbanding RM2.13 bilion tahun sebelumnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, berkata prestasi cemerlang itu membolehkan Bank Rakyat membayar dividen tunai sebanyak 15 peratus berjumlah RM450 juta kepada 942,000 anggotanya bagi tahun kewangan 2014, peratusan sama yang dibayarnya pada tahun 2013.

“Keputusan kewangan yang baik dicapai walaupun berdepan persekitaran yang lebih mencabar dan keadaan ekonomi sukar berikutan kejatuhan harga komoditi serta mata wang tahun lalu,” katanya mengumumkan prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di sini hari ini.

Rujukan – Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Umum Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

One Response to "Dividen Bank Rakyat 2014 15%"

  1. Ikhwan Fahmi says:

    banyak dan tinggi, tak hairanlah bank rakyat sering diburu oleh pelabur.
    Ikhwan Fahmi´s last blog post ..Nasihat Pelaburan Hartanah Dari Ayhat Ishak

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG