3

Dividen ASB 2011 8.8%

 

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.

Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, PNB memperuntukan bayaran sebanyak RM7.04 bilion melibatkan 7.3 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember ini, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, yang mana pendapatan dividen pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion.

''Keuntungan dalam penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sejumlah RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion melalui pendapatan pelaburan instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,'' kata beliau ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Pelaburan Tags: 

Get Updates

Share This Post

Related Posts

3 Responses to "Dividen ASB 2011 8.8%"

  1. Mark says:

    bagaimana kira ASB Contoh saya ada 150k di ASB berapa saya dapat?

  2. senoi praaq says:

    Dividen hanya dibayar berdasarkan baki terendah bulanan, so kalau baki duit kita ada akhir bln 1 rm4000. yg rm4000 ni la dapat dividen utk bulan tu.darab la dgn kadar PNB beri

  3. Khairul says:

    bagi yg dh menyimpan di ASB sejak 10 tahun dulu, dapat la merasa div full 8.8%…tapi bagi yg baru menyimpan, jangan terkejut kalau kira2 tak dpt 8.8%…sbb pengiraan bonus akan mengambil kira purata baki terendah bulanan utk tempoh 10 tahun…yg penting, naik dari last year 🙂

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG