2

Dividen Amanah Saham 1Malaysia – 6.5sen seunit

Dividen Amanah Saham 1Malaysia bagi penyata kewangan berakhir 30 September 2011 telah diumumkan oleh PNB iaitu sebanyak 6.5sen seunit.Menurut PNB kadar pengagihan pendapatan meningkat berbanding tahun lepas sebanyak 53.32%.

Dividen akan diagihkan kepada akaun pelabur secara automatik pada 1 Oktober nanti.

 

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) mengumumkan seramai 270,598 pemegang unit amanah yang melanggan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) akan mendapat pulangan dividen sebanyak 6.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2011.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, dividen kali kedua itu mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 sen seunit berbanding 6.38 sen seunit yang diumumkan tahun lalu.

Beliau berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM311.27 juta iaitu peningkatan sebanyak 53.32 peratus berbanding jumlah pembayaran tahun lalu berjumlah RM203.02 juta.

“Sebanyak 5.49 bilion unit AS1M sudah dilanggan daripada 10 bilion unit dilancarkan pada 2009 manakala 45 peratus daripadanya masih belum dilanggan.

“Pengagihan dividen AS1M akan dikreditkan automatik ke dalam akaun pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober depan,” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan AS1M di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji berkata, walaupun berdepan ekonomi yang tidak menentu, PNB masih dapat mengekalkan strategik portfolionya.

Sumber : HarianMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Amanah Saham Tags: , ,

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

2 Responses to "Dividen Amanah Saham 1Malaysia – 6.5sen seunit"

  1. titan says:

    hoho..mesti ramai orang suka nih..

  2. puanbee says:

    bestnya .. tapi tk de pulak melabur dlm skim ni 🙂 ini artikle khas untuk dinsblog 
     
    http://puanbee.com/dinsblog-com-sekadar-berkongsi/

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG