Buat duit dengan eBay

December 20, 2008

(2) Comments

Sebenarnya lama dah aku tak membuat blog post sekarang nie.Bukan ape aku tengah layan cara nak buat duit di eBay.Setelah baca buku Panduan dan Teknik Rahsia eBay, aku praktik apa yg ade dalam buku tuh.Memang menjadi.Setakat ni aku dah buat 4 jualan.Memang aku tak sangka, memang boleh buat duit dekat eBay ni.Cuma macam bisnes2 lain juga kita nak kena sabar.Kalau mudah putus asa apa-apa bisnes pun tak menjadi.Yang penting ada kesungguhan untuk membuah kejayaan.

Teknik yg ada dalam ebook tu memang mudah dan senang untuk dipraktikkan.Kalau korang ikut step by step panduan yg ada dalam buku tu, Insyallah korang boleh buat sales.Dalam buku ni ajar camner nak dapatkan produk tanpa simpan stok.Aku pun tak pernah terpikir cara ni.

 

dynn

Harga minyak petrol turun lagi…

November 1, 2008

(1) Comment

Mulai 1 November 2008, minyak petrol sekali lagi diturunkan sebanyak RM2.15 daripada harga RM2.30 sebelum ini.

Aku pun dah tak kira baper kali dah minyak diturunkan yang penting minyak turun jadi secara tak langsung perbelanjaan untuk minyak kereta dapat la dikurangkan.

Cuma satu jer.Harga barang masih tak turun.Ni yang hangin satu badan.

Mintak2 pemborong dan pengeluar dapatlah menurunkan barang untuk mengurangkan lagi bebanan pengguna dengan keadaan ekonomi yg tidak beberapa sihat sekrang nie.

Kalau diorang ni degil jugak.Kita boikot jer lah.Tu jer kalau nak ajar diorang nie.Baru dia tau tinggi rendah langit ni.

dynn

Kad Kredit-i Bank Rakyat

October 18, 2008

(0) Comments

Sebelum saya ada pos berkenaan dengan produk kad kredit Islamik dari CIMB Islamic, hari ini ada satu lagi Kad Kredit-i dari Bank Rakyat mempunyai ciri-ciri perbankan Islamik.

Kelebihan Kad Kredit-i Bank Rakyat :

1. Rebat 3% masuk kedalam tabung pelancongan dan umrah
2. Tiada caj berganda
3. Kemudahan bayaran zakat
4. Pelindungan takaful percuma

Untuk keterangan lanjut hubungi cawangan Bank Rakyat terdekat.

Oleh kerana sudah ada produk dari perbankan Islamic, ianya menjadi satu alternatif untuk kita untuk menjauhkan diri terlibat dari sistem konvensional yang lebih menjurus kepada ribawi.Tepuk dada tanya iman.:lol:

dynn

DinsBlog.Com dah jadi PR3…

September 27, 2008

(2) Comments

Aku baru perasan blog aku ni dari PR0 dah jadi PR3.Ingatkan aku tersilap.Aku cuba la bukak blog aku ni lagi sekali, memang sah Google PR tengah update.

Tak sangka lak baru jer berapa post blog ni dah jadi PR3.Tapi bagi aku tak de makna sangat kalau PR tinggi tapi kalau traffik kurang.Yang penting adalah traffik. Sebab dari trafik baru boleh convert jadi money.

TRAFFIC = MONEY :lol:

Walaubagaimanapun tahniah untuk dinsblog.com :grin: …cuma nak dapat PR3 senang tapi nak maintain tu yg agak susah sikit. Tapi PR tak penting bagi aku sebab tujuan blog ini just nak kongsi infomasi jer.

dynn

Etika dalam berblog

August 6, 2008

(0) Comments

Sebagaimana yang kita lihat ketika ini, pelbagai jenis blog wujud bagaikan tumbuh mcm cendawan.Bermacam-macam jenis blog kalau kita boleh lihat ketika ini.Ada yang blog pasal politik, kewangan,pengalaman hidup, bisnes dan macam-macam lagi.

Apakah tujuan ramai yang memiliki blog? Mungkin dengan menggunakan blog mereka dapat meluahkan perasaan , berkongsi maklumat,meluaskan perniagaan dan ada juga bloggers yg tidak beretika yang cuba merosakkan dunia blogger dengan membuat cerita-cerita fitnah dengan tidak ada bukti yg sahih.

Malah ada blogger yang mengutuk orang itu,mengutuk orang ini seolah-olah dia sahaja yang betul.Adakah ini pegangan seorang blogger yang beretika? Yang paling terkilan adalah jika apabila blogger tersebut adalah seorang Muslim dan adakah tindakan ini dihalalkan oleh agama? Apa akan jadi sekiranya ada org lain yang mempercayai fitnah-fitnah tersebut dan disebar kepada orang lain? Tidak takutkah kita pada kemudian hari? fikir-fikirkanlah.

Etika berblog mahupun etika kewartawan, maklumat yang hendak disampaikan mestilah benar, sahih dan boleh dipercayai .

Jadi gunakanlah blog sebagai medium untuk kita menyebarkan maklumat dengan penuh tanggungjawab dan beretika supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog itu sendiri.

dynn

Kenapa saya berblog

August 6, 2008

(0) Comments

Oo yaa..lama saya tidak kemaskini blog saya ni. Dari mula saya setup blog ni baru satu jer post yg saya buat.Bukannya ape saya masih terfikir2 idea yg sana nak kongsikan dalam blog ini.

Fikir punya fikir baru lah ada sikit idea ..tema apa yg sana nak dan akan sharekan kat blog ni.

Ok lah..tema blog ini lebih kepada motivasi , perniagaan dan juga perancangan kewangan.Dan mungkin dalam pada masa yang sama saya akan selit-selitkan juga isu-isu semasa untuk dikongsikan bersama.

Jadi kenapa saya berblog adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan dengan tema yg saya dah beritahu diatas tadi.:lol:

So cukuplah nie..nanti saya poskan lagi.

dynn