Kad Kredit-i Bank Rakyat

October 18, 2008

(0) Comments

Sebelum saya ada pos berkenaan dengan produk kad kredit Islamik dari CIMB Islamic, hari ini ada satu lagi Kad Kredit-i dari Bank Rakyat mempunyai ciri-ciri perbankan Islamik.

Kelebihan Kad Kredit-i Bank Rakyat :

1. Rebat 3% masuk kedalam tabung pelancongan dan umrah
2. Tiada caj berganda
3. Kemudahan bayaran zakat
4. Pelindungan takaful percuma

Untuk keterangan lanjut hubungi cawangan Bank Rakyat terdekat.

Oleh kerana sudah ada produk dari perbankan Islamic, ianya menjadi satu alternatif untuk kita untuk menjauhkan diri terlibat dari sistem konvensional yang lebih menjurus kepada ribawi.Tepuk dada tanya iman.:lol:

dynn

Personal Monthly Budget Tracking

September 1, 2008

(2) Comments

Kalau ada sesiapa yg berminat untuk tracking monthly budget vs actual expenses korang leh la download kat bawah tuh. Fungsi Personal Monthly Budget Tracking adalah untuk membantu korang membuat analysis perbelanjaan bulanan korang.Nanti korang boleh nampak mana2 yg perlu dikurang atau yg nak ditambah.Maklumlah sekarang nie perbelanjaan semakin meningkat dengan kenaikan harga barangan harian jadi boleh la adjust-adjust mana yang patut.

Diharap Personal Monthly Budget Tracking dapat membantu korang untuk membuat budget bulanan disamping berbelanja secara berhemah.

dynn

Etika dalam berblog

August 6, 2008

(0) Comments

Sebagaimana yang kita lihat ketika ini, pelbagai jenis blog wujud bagaikan tumbuh mcm cendawan.Bermacam-macam jenis blog kalau kita boleh lihat ketika ini.Ada yang blog pasal politik, kewangan,pengalaman hidup, bisnes dan macam-macam lagi.

Apakah tujuan ramai yang memiliki blog? Mungkin dengan menggunakan blog mereka dapat meluahkan perasaan , berkongsi maklumat,meluaskan perniagaan dan ada juga bloggers yg tidak beretika yang cuba merosakkan dunia blogger dengan membuat cerita-cerita fitnah dengan tidak ada bukti yg sahih.

Malah ada blogger yang mengutuk orang itu,mengutuk orang ini seolah-olah dia sahaja yang betul.Adakah ini pegangan seorang blogger yang beretika? Yang paling terkilan adalah jika apabila blogger tersebut adalah seorang Muslim dan adakah tindakan ini dihalalkan oleh agama? Apa akan jadi sekiranya ada org lain yang mempercayai fitnah-fitnah tersebut dan disebar kepada orang lain? Tidak takutkah kita pada kemudian hari? fikir-fikirkanlah.

Etika berblog mahupun etika kewartawan, maklumat yang hendak disampaikan mestilah benar, sahih dan boleh dipercayai .

Jadi gunakanlah blog sebagai medium untuk kita menyebarkan maklumat dengan penuh tanggungjawab dan beretika supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog itu sendiri.

dynn

Just another blog in the blogsphere

June 12, 2008

(0) Comments

Welcome to my new personal blog where i can share my view and whatever infomation or tips that most useful to my visitor.

I will blog related to general information that relevant to my daily life especially related to internet technology, gadget, seo, wordpress themes , wordpress plugin and some website review.