Archive for the ‘unit trust’ Category

Kekurangan melabur dalam unit amanah

Posted on the April 12th, 2010 under Financial Planning, unit trust by dynn

Sebelum ini saya ada buat entry secara mudah berkenaan dengan kelebihan melabur didalam unit amanah.Hari ni saya nak share satu lagi iaitu kekurangan melabur didalam unit amanah sebagai sambungan dari entry tersebut.

Antara kekurangan melabur dalam unit trust atau unit amanah adalah :

1. Risiko – risiko memang tidak dapat dielakkan bila kita membuat pelaburan.Cuma kita perlu tahu apakah risiko2 yg berkaitan yg pelaburan yg dibuat.Dari pendedahan risiko yg ada akan memberi gambaran bakal pulangan yg diterima.

2. Kawalan – tidak mempunyai kawalan keatas urusan jualbeli portfolio kerana ianya dibuat oleh pengurus dana.

3. Yuran dan bayaran – terdapat kos pelaburan seperti bayaran perkhidmatan awal,yuran keluar,yuran pengurusan dana dan yuran pemegang amanah yg akan mengurangkan pelaburan.Mana ada semua nak dapat percuma dlm dunia ni.

Itulah serba sedikit kekurangan bila melabur didalam unit amanah.Tiada pelaburan yg perfect semua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Yang penting dengan kelebihan dan kelemahan yg ada, dapat kita nilai samada ianya sesuai atau tidak dengan objektif kewangan kita.

Kelebihan melabur dlm unit amanah

Posted on the April 10th, 2010 under Pelaburan, Umum, unit trust by dynn

Sebenarnya melabur didalam unit amanah mempunyai kelebihan dan kelemahan.Dan kesesuaiannya juga bergantung kepada objektif kewangan dan risiko apetite masing-masing.

Antara Kelebihan unit amanah :

1. Kecairan – mudah ditukar kepada tunai kalau memerlukan tunai pada masa singkat.

2. Modal kecil – RM1000 dah boleh start melabur

3. Pelbagaian – pelaburan dibuat dlm pelbagai jenis syarikat

4. Jaminan pengawalan – dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi melindungi kepentingan para pelabur.

6. Pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal (naik turun harga) dan agihan (tunai atau split).

7. Diuruskan oleh pengurus dana secara professional.

Kelemahan unit amanah akan disambung..

Nota : Anda juga boleh melaburkan didalam unit amanah menggunakan duit KWSP anda dari akaun 1.

Apa itu unit amanah?

Posted on the March 28th, 2010 under unit trust by dynn

Apa itu Unit Amanah?

Unit trust atau unit amanah adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur yang mempunyai objektif yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain yg diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.

Pelabur didalam Unit Amanah tidak membeli saham/sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan pelabur didalam pelaburan unit amanah ini akan diberi didalam bentuk “unit”.Oleh itu setiap pelabur dipanggil sebagai “Pemegang Unit”

Duit semua pelabur akan dilaburkan ke sekuriti pelaburan mengikut pemilihan kelas unit amanah dilaburkan.Terdapat risiko yang perlu diketahui oleh pelabur dalam membuat pelaburan mereka.Setiap kelas unit amanah mempunyai risiko tersendiri.Kebiasaanya pelaburan yg mempunyai risiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi.Dan sebaliknya,pelaburan yg mempunyai risiko rendah, mempunyai pulangan yg rendah.

Perkara yang perlu tahu sebelum melabur dalam unit trust

Posted on the March 17th, 2010 under Financial Planning, unit trust by dynn

Ok.Hari ni saya nak share sikit berkenaan dengan perkara yang kita perlu tahu sebelum invest dalam unit trust atau unit amanah.Memang kita perlu tahu kemana duit kita akan dilaburkan jangan biarkan org lain mengambil kesempatan atas ketidaktahuan kita dalam sesuatu perkara.

Berikut adalah perkara yg kita perlu tahu sebelum melabur dalam unit trust yang kadang-kadang tidak diberitahu oleh agen :

  • Apa itu unit trust dan bagaimana ia berfungsi
  • Kita tidak diberitahu jenis pelaburan yg sesuai
  • Adanya caj yg akan memeberi kesan keatas pelaburan
  • Risiko2 yg perlu difahami
  • Jaminan atas pulangan

Bersambung…

Coupon code Godaddy – save 10% bagi register domain

Posted on the March 1st, 2009 under unit trust by dynn

Kalau ada sesiapa yg nak register new domain, korang boleh save 10% kalau korang register dengan GoDaddy.Com dengan menggunakan coupon code fbDomain10.

Tawaran ini hanya sah sehingga 15 March 2009 dan hanya layak bagi pendaftaran baru untuk .COM, .NET, .ORG, .BIZ, and .US.

OK..jangan lepaskan peluang ini.