SHAH ALAM: Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.
Pasukan Hoben Jang Hoben menang mengalahkan Kenari dengan aggregat 5-4 menerusi tendangan penalti bagi merangkul juara sebagai pemenang kejohanan bolasepak Piala FA musim ini.
Kepada pasukan yg kalah jangan mudah kalah tahun depan ada lagi.Kepada Hoben Jang Hoben tahniah, harap kekalkan prestasi untuk musim-musim yang akan datang.
Sebenarnya melabur didalam unit amanah mempunyai kelebihan dan kelemahan.Dan kesesuaiannya juga bergantung kepada objektif kewangan dan risiko apetite masing-masing.
Antara Kelebihan unit amanah :
1. Kecairan – mudah ditukar kepada tunai kalau memerlukan tunai pada masa singkat.
2. Modal kecil – RM1000 dah boleh start melabur
3. Pelbagaian – pelaburan dibuat dlm pelbagai jenis syarikat
4. Jaminan pengawalan – dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi melindungi kepentingan para pelabur.
6. Pulangan dalam bentuk pertumbuhan modal (naik turun harga) dan agihan (tunai atau split).
7. Diuruskan oleh pengurus dana secara professional.
Kelemahan unit amanah akan disambung..
Nota : Anda juga boleh melaburkan didalam unit amanah menggunakan duit KWSP anda dari akaun 1.
Terlalu sedikit dari umat ini membaca.Dan daripada yang membaca itu pula sedkit sahaja yang memahaminya.Daripada sedikit yg memahaminya,ssedikit pula yang menguasainya.Dan daripada sedikit yang menguasai lebih sedikit yg mengamalkannya.Inilah realiti yg menyedihkan.Sebab itulah umat ini tidak bangun! Musuh bijak lebih baik daripada kawan yang dungu.
Itu lah dia petikan dari Majalah Solusi keluaran ke-18 berkaitan dengan membaca dikalangan umat ini.Seperti biasa majalah ini sentiasa menghidangkan perkara-perkara yg menarik untuk kita ketahui dan dapat memberi motivasi kepada pembaca.Kepada rakan-rakan yg belum pernah membaca atau beli,cuba la jengok2 dekat kedai buku berdekatan.Majalah ni memang best.Lain daripada yg lain.Cara penyampaiannya cukup berbeza.
Baru jer tadi keluar dekat TV3 pasal sorang budak Malaysia yg berbakat dalam bolasepak.Sekarang berada di US.Nama dia Wan Kuzain Wan Kamal.Skill macam ala-ala Messi.Harap dapat digilap dan diketengahkan untuk menjadi wira negara masa hadapan.Boleh memartabatkan sukan bolasepak Malaysia dipersada antarabangsa.
Sebelum ni saya ada cerita berkenaan dgn pembelian rumah kali ke-2 yg agak mencabar dan banyak dugaan yg kitorang terpaksa lalui.Jadi hari ni pulak kitorang ambil cuti untuk settlekan pengeluaran rumah guna duit akaun KWSP sebab consent dari Pejabat Tanah dah dapat.Cepat jugak dapat consent tak sangka boleh dapat secepat ni sebab kurang dari sebulan.Sebenarnya kitorang memang tgh tunggu dokumen ni jer untuk proceed submit borang ke KWSP.Jadi pepagi lagi kitorang pegi jumpa lawyer SnP untuk dapatkan salinan consent tu.
Berikut cara-cara nak keluarkan dui KWSP bagi rumah ke-2 secara umum yg kitorang lalui dan mungkin boleh dibuat rujukan.Untuk pengeluaran kali ke-2 rumah yg pertama perlu dijual dulu melainkan kita tak pernah keluar duit KWSP.
Dokumen yg diperlukan sebagai bukti penjualan rumah pertama adalah S&P penjualan rumah pertama dan Deed of Assignment (ikut jenis property).
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.
Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fauzana,
Berikutan kemenangan itu, beliau memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail 2.0L berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi. Siti Nurhaliza sebelum ini memenangi gelaran ABPBH edisi 1996/97, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2004.
Beliau juga mengekalkan populariti malam tadi apabila buat kali ke-13 berturut-turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular dengan mengetepikan pencabarnya Stacy, Yuna, Jaclyn Victor dan Mila.
Tahniah la Siti yer…untung betul bila menang ABPBH…dapat kereta,barang kemas,dapat perabot lagi lepas tu pakej melancong.Kalau rasa kereta yg ada dah banyak sangat dan tak tau nak letak kat mana bagi la sini satu..
Saya mahu blog saya dijelajah oleh Ben Ashaari kerana saya ingin Ben Ashaari memperkenalkan blog ini kepada rakan-rakan blogger lain dan pada masa yang sama dapat berkongsi pendapat yg dapat memberi manfaat.
Bermula hari ini DiGi akan menjadi pembekal kedua iPhone 3Gs selepas Maxis yg hampir setahun yg menjadi pengedar tunggal.Package yg ditawarkan oleh DiGi dilihat lebih murah berbanding dengan Maxis.
Untuk peminat-peminat gadget, package bermula dari RM95 sebulan (plan 0% easy payment plan)dimana anda akan mendapat iPhone 3Gs 8GB bersama dengan plan iDiGi88 dengan diikat selama 36 bulan. Dengan iDiGi88 ,bulanan percuma adalah Voice(200 min),SMS (200),MMS (20) dan Internet (1GB).
Sekiranya untuk lagi jimat anda boleh beli secara tunai hanya RM1,744 bagi iPhone 3Gs 8GB.Package ini bersama dengan iDiGi88 plan selama 6 bulan sahaja.
Bank yg participate bagi 0% easy payment plan : AMBank.CIMB Bank, Maybank , Citibank dan HSBC.
Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi telah meninggal dunia pada 12:30 mlm tadi di Hospital Selayang setelah menghidapi Dangue Shock Syndrome.
Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan semoga roh beliau digolongkan dikalangan mereka yg mendapat rahmat Allah.