Semenjak kebelakangan ni banyak betul berita pasal org buang bayi yg semakin berleluasa.Inilah hasil dari perbuatan zina.Manusia jadi hilang akal…hilang pertimbangan…hilang sifat kemanusiaan.Jadi kengkawan marilah kita bersama-sama membenteras kegiatan berzina dan juga jenayah membuang bayi yg tak berdosa.Tegurlah kawan2, sanak saudara, adik beradik yg terdekat supaya jauhilah zina.
Dibulan Ramadhan ni mesti ada kawan-kawan kita yg akan dapat jemputan berbuka puasa di hotel-hotel.Jadi adalah tanggungjawab kita untuk makan ditempat yg telah disahkan halal makanannya.
Jadi sini ada senarai hotel berstatus halal JAKIM untuk rujukan kawan-kawan sebelum menghadiri bufet berbuka Ramadhan.
Lama dah saya tak buat posting semenjak sibuk menguruskan renovation dan pindah rumah baru.Rasa mau masuk 2 bulan blog ni tak de posting baru.Bukan blog ni jer yg tak bermaintain, site2 lain yg ada pun tak bermaintain.Tapi saya akan berusaha untuk kemaskini blog ini bagi memberikan dan berkongsi maklumat.Walaupun tak bermaintain, tapi duit tetap masuk tu yg bestnya buat duit secara online nie.Time tido pun duit bole masuk.Tak caya? Korang pun boleh buat.Cuma kena ada minat dan usaha.
Ok lah..jadi disini saya ingin mengambil kesempatan Selamat Berpuasa kpd muslim dan muslimah sekelian.Semoga puasa kita mendapat keredaan dan keberkatan dari Nya.
Minggu lepas akaun gmail saya kena hack.Bukan tu jer akaun FB saya pun kena hack.Semua maklumat penting ada dalam email saya tu seperti akaun FB,paypal,ebay,info account hosting,domain dan macam2 lagi.Yang saya takut bila dia menggunakan email dan nama dalam profile FB untuk send email untuk money transfer scam.Hacker ni akan hantar semua email yg ada dalam akaun email tuh.
Tu la dia keburukan kalau kita letak semua info dalam satu email.Sekali org lain hack habis semuanya.Bermacam-macam cara yg usahakan bagi nak dapatkan balik akaun gmail saya tuh.Alhamdulillah, dengan pelbagai usaha yg saya cuba akhirnya saya dapat juga akaun gmail tuh semula.
Untuk dapatkan semula akaun gmail kalau dah kena takeover bukan mudah.Korang kena ingat email recovery korang,security answer,tarikh korang activate akaun gmail,email invitation untuk create gmail akaun,URL invitation,4 label yg ada dalam akaun emaill tuh,5 contact utama.Rasa2 kalau korang punya email kena hack, boleh tak dapat info2 tuh? Kalau tak de baik korang get ready..simpan elok2…kalau terkena at least dah tau nak kena buat apa.
Cuma sekarang nie saya nak dapatkan akaun FB pulak.Masih dalam negotiation dengan team FB.
Sekarang pelbagai peluang untuk kita membuat pelaburan emas, ada yg berbentuk fizikal dan ada yang berbentuk simpanan.Jumaat minggu lepas satu lagi bank iaitu Kuwait Finance House atau nama singkatnya KFH telah menawarkan satu produk i-Akaun Emas.Produk ini menawarkan pembelian emas tulen secara terus dan pelanggan boleh menyimpan secara percuma tanpa sebarang caj melalui konsep syariah.
Bagi saya ini satu peluang yg menarik bagi peminat pelabur emas kerana ia seakan-akan produk GIA iaitu kita boleh simpan sendiri emas atau dalam bentuk saving.
Untuk individu deposit permulaan ialah 10grm dan pembelian berikutnya adalah pada gandaan 5 gram emas.Untuk pelanggan korporat permulaan adalah 50gram.
Berikut adalah perbandingan harga 1gram yg saya ambil dari website bank KFH,PB dan Maybank untuk gold saving account :
Salam semua.Minggu lepas saya ke MPAJ untuk buat permohonan bagi membuat sedikit ubahsuai bagi rumah yg kami beli.Rancangannya nak extend dapur dan besarkan gate kat depan rumah jer.Pepagi lagi kami dah sampai ke pejabat MPAJ.Ingatkan permohonan nak ubahsuai rumah ni mudah jer…kami ingat boleh settle on the spot.Tapi hakikatnya banyak lak nakn bende kena prepare.Kos dia pun boleh tahan.
Antara dokumen yg diperlukan adalah S&P, Bil Cukai Tanah, Bil Cukai Pintu,Gambar depan dan belakang rumah,Pelan ubahsuai yg perlu disahkan oleh arkitek (oleh kerana ubahsuai standard jer ..jadi kami guna yg ada dalam buku log yg disediakan) dan satu lagi yg agak mencabar adalah Kebenaran dari Jiran.Yg lain2 dokumen tu dah rasa boleh disiapkan cuma Kebenaran Dari Jiran yg perlu ditandatangani oleh jiran ni yg agak merisaukan kami.Macamanalah kami nak dapatkan tandatangan jiran2 sedangkan kami org baru lagi kat tempat tuh.Dah la kami nak start ubahsuai rumah tu secepat mungkin.
Bila saya fikir-fikirkan…patutla ramai yg tak mintak kebenaran dari pihak berkuatkuasa tempatan memandangkan syarat2nya agak menyukarkan.Cadangan saya adalah setakat surat pemberitahuan dan komitmen jika berlaku perkara disebabkan aktiviti ubahsuai dari kita pun dah memadai.Tak payah la nak mintak tandatangan jiran2 (jiran sebelah kiri, kanan dan belakang).
Saya tak tau cara di tempat lain ..mungkin lain tempat lain cara.Mungkin rakan-rakan boleh komen.
Tinggal satu hari jer lagi untuk kita buat submission declare income tax.Tarikh akhir buat submission adalah pada 30 April 2010.Yang paling senang guna e-filling jer.Dalam masa 10 minit atau mungkin kurang dah boleh settle.Kalau pakai borang nak kena kira sendiri.Dengan guna e-filling just input nombor jer lepas tu pengiraan dibuat secara automatik.Boleh buat simulation lagi tuh.
Kepada yg kengkawan belum lagi register e-filling buat la segera.Rugi tak guna online e-filling.Mudah dan cepat.
Hari ni saya nak bagi review buku bertajuk “Tip-tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia” yang ditulis oleh KCLau.Buku ini amat sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan ilmu kewangan dengan tip-tip kewangan yg diajar oleh penulis.Saya dah pun beli buku ini dan memang mudah untuk difahami.Dan ianya boleh diimplementasikan bila-bila masa.
Buku ini berharga RM29.90 sahaja.Ianya memang mudah berbanding ilmu yg ada dalam buku tersebut.Anggaplah dengan sebagai pelaburan.Bagi saya tak rugi beli buku macam ni.Setakat RM29.90 apa la sangat dari kita rugi beribu-ribu disebabkan pembaziran atau kesilapan membuat pelaburan.Hal-hal tentang kewangan tidak diajar disekolah.Dengan itu kita perlu belajar dari mereka yg berpengalaman dalam menguruskan hal-hal kewangan.
Antara tip yg dikongsikan dalam buku ini adalah :
Menjadi kaya melalui hutang berlebihan
Eksploitasi kaedah kompaun bekerja untuk anda
Peraturan 72
Tukarkan kad kredit dari lawan kepada kawan
Memiliki kereta pertama secara PERCUMA
…dan banyak lagi tip-tip kewangan yg mungkin dapat membantu kita untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak dan berkesan.
Tahukah anda sebagai ahli yg mempunyai akaun KWSP, anda boleh mengeluarkan duit dalam akaun 1 untuk bagi tujuan pelaburan?Pengeluaran ini dibenarkan sejak tahun 1996 lagi.Walaubagaimana pun bukan semua akaun 1 itu boleh dikeluarkan bagi tujuan pelaburan.
Jumlah duit yg boleh dkeluarkan bagi tujuan pelaburan ini adalah dengan mengambil jumlah simpanan dalam akaun 1 ditolak dengan simpanan asas (kena rujuk table) kemudian darabkan dengan 20%.
Contoh :
Simpanan anda didalam Akaun 1 KWSP = RM80,000
Simpanan Asas (Sekiranya umur anda sekarang 30 tahun) = RM 18,000
Jadi jumlah yg anda boleh laburkan adalah = (RM80,000-RM18,000) x 20% = RM12,400.
Dari pengiraan dibawah anda boleh keluarkan sebanyak RM12,400 untuk dilaburkan didalam institusi pelaburan yg dibenarkan oleh KWSP.
Dari pengalaman saya, saya telah pun melaburkan sebahagian daripada wang simpanan Akaun 1 didalam unit amanah lebih RM40,000.So far pelaburan saya telah menjana keuntungan lebih dari 15%.Ada yg telah mencecah 22%.Saya yakin pelaburan itu akan meningkat memandangkan pasaran saham ketika ini dalam keadaan menaik.Kesemua pelaburan yg saya laburkan adalah didalam dana pertumbuhan modal.
Dua minggu lepas kita digemparkan dengan kehilangan pelawak Din Beramboi.Hari ini satu lagi artis malaysia yg meninggal dunia iaitu Acik Spin yg terlibat dalam kemalangan kerana kereta yang dipandunya terbabas.