Archive for the ‘Tagline GengBlogger.com’ Category

Ape azam 2010?

Posted on the January 2nd, 2010 under Financial Planning, Hartanah, Pelaburan emas, Tagline GengBlogger.com, Umum by dynn

Hari ni dah masuk hari yg ke-2 tahun 2010.Jadi apa azam tahun 2010 ni ?

Pertama aku nak tambahkan lagi ilmu berkenaan dengan motivasi, pelaburan dan juga perancangan kewangan.Buat masa ni aku memang minat dalam ketiga-tiga bidang ni.Sebab aku boleh praktikkan dan pada masa yang sama boleh dikongsi dengan rakan-rakan.Tak rugi kita beli buku..tak kire buku apa ..janji boleh bagi manfaat untuk diri dan juga org disekeliling kita.Lagi pun beli buku dapat pelepasan cukai.

Kedua, kena kaji balik portfolio pelaburan tahun 2009 dan nak tambahkan lagi portfolio pelaburan yang sedia ada i.e unit trust, stock, gold dan real estate.Yang ni pun kena check jugak sebagai bekalan untuk hari tua nanti.Bukan ada pencen.Masa sekarang ni lah nak kena jimat cermat.Kurangkan hutang yg ada.Tambahkan simpanan.Jangan kena bayar zakat baru la harta tu subur.

Yang ke-3, nak tambahkan lagi income dari internet   i.e paid to blog,sponsored link, affiliate program dan adsense.

Lagi?? Cukup la tu dulu..yg lain kena simpan. :)

Mudahnya keluar duit dgn paypal..

Posted on the December 24th, 2009 under Cerita Panas, Tagline GengBlogger.com, Umum by dynn

Semenjak paypal membenarkan pengeluaran duit ke bank tempatan (tak silap bulan Oct lepas) dapat mempermudahkan lagi pengeluaran duit dari paypal nie.Semudah 1..2..3.Memang berita baik untuk pengguna-pengguna paypal.Kalau sebelum ni, kena transfer ke akaun debit kad atau kredit kad visa.Contoh : visa elektron Publick Bank,Debit Kad Al-Rajhi.

Sekarang pengeluaran boleh dibuat dalam akaun simpanan atau akaun semasa biasa contoh macam aku…aku guna akaun semasa Maybank.Tempoh untuk transfer dari akaun paypal ke akaun maybank ambil masa dalam 3-4 hari.Kan senang…boleh check thru maybank2u bila-bila masa jer.

So sesiapa yg belum cuma…cuba la skrang.

Berhati-hati perompak zaman siber..

Posted on the December 21st, 2009 under Credit Card, Tagline GengBlogger.com, Umum by dynn

Tengah hari tadi member aku dapat call dari private no yg tak di ketahui asal usul no tuh.Orang yang call tuh mintak no card credit, expired date dan jugak 3 no security yg kat belakang card credit tuh.Member pun pelik lah.Yang satu lagi dia kata pelik… nama org yg call tu nama perempuan Melayu tapi suara bunyi mcm perempuan India.Dah pelik mcm tu dia pun letak call la.Tu memang sah la perompak zaman siber.

So korang berhati-hati la dapat call yg mcm tuh.Kalau call daripada bank mesti dia tak tanya punya expired date sekali ngan 3 no security tuh.Jangan sesekali layan org yg mintak info pasal card credit nie.

Kredit Kad Islamik dari CIMB Islamic

Posted on the October 17th, 2008 under Credit Card, Tagline GengBlogger.com by dynn

Hari ni terbaca produk baru dari CIMB Islamic iaitu kad kredit Master yang Islamik yang berdasarkan konsep Ujrah.

Satu perkembangan baru bagi pengguna kredit kad yang ingin menggunakan kredit kad yang berlandaskan Islamik.

Kelebihan kad kredit Master dari CIMB Islamik :

1. Percuma sepanjang hayat.

2. Manfaat eksklusif

3. Tawaran Rebat

4. E-pay

5. MasterCard Paypass

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web CIMB Islamic.