Archive for the ‘Rumah Lelong’ Category

Tips beli rumah lelong

Posted on the February 6th, 2010 under Hartanah, Rumah Lelong by dynn

Beli rumah lelong kalau silap langkah boleh merugikan kalau langkah-langkah awal tidak dibuat sebelum hari lelongan.Oleh itu disini dikongsikan tips untuk membeli rumah lelong bagi mengelakkan atau meminumumkan kesilapan :

1. Pergi buat survey rumah yang dilelong.
- pastikan rumah tersebut kosong atau kalau ade penghuni pastikan penghuni tersebut adalah penyewa.Jadi sekiranya sudah ada penyewa kita nanti senang tak payah cari penyewa.Suruh dia sambung jer sewa dengan kita.
- keadaan rumah tersebut munasabah sebab nanti tak payah nak buat banyak renovation.

2. Pastikan harga sekurang-kurangnya 10% dari harga pasaran
- lagi kurang dari harga pasaran lagi bagus.Lagi banyak kita buat untung.Tapi kalau nak duduk mungkin lain target dia.

3. Letak target setakat mana kita boleh bid
- bagi membolehkan kita tahu bila nak keluar dari lelongan sekiranya lebih dari harga yg dijangkakan.
- ini untuk memastikan harga lelongan tersebut adalah munasah untuk kita membuat keuntungan.

4. Kawasan tersebut mudah disewakan
- pastikan rumah yg kita lelong senang cari penyewa.
- kalau boleh dekat dengan kemudahan awam.

5. Check dengan bank berapa banyak pinjaman kita boleh buat
- ini untuk memastikan kita tak de masalah pinjaman tidak diluluskan.
- nanti duit deposit tidak di pulangkan.

6. Pastikan sewa bulanan lebih dari installment bulanan
- buat survey tentang sewa bulanan rumah tersebut
- boleh survey dekat internet dan surat kabar
- ini membolehkan kita mendapat +ve cash flow dari pelaburan rumah kita.

Tu jer buat masa nie.Kalau ada tolong tambah lagi.