Archive for the ‘Pelaburan emas’ Category
Sekarang nie harga emas turun semula disebabkan kadar matawang dollar menurun berbanding Ringgit Malaysia.Jadi secara tak langsung harga emas menjadi turun sedikit.Ini la peluang untuk tambahkan lagi koleksi simpanan emas korang.
Kalau dilihat harga di Public Gold, untuk emas 20g harganya adalah RM 2,782.00 bersamaa dgn RM139.10 segram.Berbanding dengan harga di KFH harga emas 1 gram adalah RM126.05.Pilih la mana satu yg sesuai.
Di Kuwait Finance House (KFH) tengah mempromosikan simpanan emas yg memberi peluang kepada penyimpan emas memenangi 1kg emas dan 10gram emas bagi pemenang bulanan.Woww…menarik nie.
Syaratnya adalah setiap pembelian hendaklah minimum RM3,000.Dan promosi ini bermula dari 15 July hingga 31 October 2010.Jadi ada banyak masa lagi.Tapi jgn lengah harga emas mungkin akan naik bila2 masa.


Sekarang pelbagai peluang untuk kita membuat pelaburan emas, ada yg berbentuk fizikal dan ada yang berbentuk simpanan.Jumaat minggu lepas satu lagi bank iaitu Kuwait Finance House atau nama singkatnya KFH telah menawarkan satu produk i-Akaun Emas.Produk ini menawarkan pembelian emas tulen secara terus dan pelanggan boleh menyimpan secara percuma tanpa sebarang caj melalui konsep syariah.
Bagi saya ini satu peluang yg menarik bagi peminat pelabur emas kerana ia seakan-akan produk GIA iaitu kita boleh simpan sendiri emas atau dalam bentuk saving.
Untuk individu deposit permulaan ialah 10grm dan pembelian berikutnya adalah pada gandaan 5 gram emas.Untuk pelanggan korporat permulaan adalah 50gram.
Berikut adalah perbandingan harga 1gram yg saya ambil dari website bank KFH,PB dan Maybank untuk gold saving account :
1. Harga 1 gram emas KFH

2. Harga 1 gram emas Public Bank

3. Harga 1 gram emas Maybank

Keputusan ditangan anda.
Hari nie aku citer sikit pasal pelaburan dalam emas.Memang bila cakap emas jer sure org cakap emas mahal.Memang mahal pun.Biasa yang kita tahu bila cakap emas nie org bayangkan emas perhiasan yg pompuan pakai tu jer mcm gelang ,cincin dan sebagainya.Tapi berapa ramai yg tahu emas sebagai salah satu pelaburan? Mesti ada yg tau…dan ade jugak tak nak ambik tau.Jom kita jejaki harga emas semasa berbanding setahun lepas.Emas yg aku nak discuss kat sini adalah emas bar atau emas jongkong (emas 999) bukan emas yg buat perhiasan tuh (emas 916).
Kalau dilihat pada harga emas dunia sekarang nie agak turun berbanding dengan harga pada hujung tahun 2009 yg pada masa tersebut mencecah lebih dari $1,200 per ounce (31.1 gram).Harga emas dunia sekarang adalah pada $1,100 per ounce.Saya dah jejaki harga emas ini bermula dari Jun 2008.

Pada Jan 2008, harga emas dalam lingkungan $900 per ounce. Kalau kita buat ratio harga semasa dengan harga pada $900 berapa dia punya kenaikan? Kalau kita kira secara kenaikan harga adalah 22%.Jadi kalau kita beli time Jan 2008 dan jual sekarang, keuntungan yg kita dapat lebih dari 20%.Woww…banyak tuh.Kalau melabur dalam ASB lebih kurang 8% jer.Tapi perlu diingat kedua-dua instrumen pelaburan ini mempunyai pro and cons dia tersendiri.
Kalau melabur dalam ASB kita mendapat keuntungan dari dividen manakala keuntungan dari emas adalah dari kenaikan harga emas semasa.Melabur dalam emas,tak yah pening turun-naik harga.Melabur dalam ASB, setiap RM1 yg kita laburkan kita dapat RM1 + dividen yang diberikan.Kalau melabur dalam emas harga jual dan harga beli berbeza atau ini dipanggil spread.Perbezaan ini mengambil kira kos-kos lain yg telah dikenakan oleh penjual.
Bersambung…
Gold Prices could rise as high as $3,000 per ounce before the current Bull Run reaches its end, it has been claimed.
That is according to Jeffrey Nichols, senior economic advisor at Rosland Capital LLC, who suggests that while Gold Prices could hit $1,500 per ounce in the next 12 months, they could reach twice that amount if the Bull Run continues beyond that point, according to Commodity Online.
He told the news provider: “I believe gold will reach a new historic high this year of at least $1,500 an ounce.
“And, looking further ahead, we should not be surprised to see gold at $2,000 – and possibly $3,000 an ounce – before the bull market eventually comes to an end.”
Should the US dollar continue to struggle over the coming year or two as the country battles the effects of the recession, Gold Prices could well rise further, according to observations by analyst Walter de Wet, of Standard Bank, which is the largest bank in South Africa and has total assets of approximately $172 billion.
He told Axcess News: “Like base metals and energy, precious metals remain highly dependent on what is happening in other financial markets – especially US equities.”
Source : Commodity Online
Hari ni dah masuk hari yg ke-2 tahun 2010.Jadi apa azam tahun 2010 ni ?
Pertama aku nak tambahkan lagi ilmu berkenaan dengan motivasi, pelaburan dan juga perancangan kewangan.Buat masa ni aku memang minat dalam ketiga-tiga bidang ni.Sebab aku boleh praktikkan dan pada masa yang sama boleh dikongsi dengan rakan-rakan.Tak rugi kita beli buku..tak kire buku apa ..janji boleh bagi manfaat untuk diri dan juga org disekeliling kita.Lagi pun beli buku dapat pelepasan cukai.
Kedua, kena kaji balik portfolio pelaburan tahun 2009 dan nak tambahkan lagi portfolio pelaburan yang sedia ada i.e unit trust, stock, gold dan real estate.Yang ni pun kena check jugak sebagai bekalan untuk hari tua nanti.Bukan ada pencen.Masa sekarang ni lah nak kena jimat cermat.Kurangkan hutang yg ada.Tambahkan simpanan.Jangan kena bayar zakat baru la harta tu subur.
Yang ke-3, nak tambahkan lagi income dari internet i.e paid to blog,sponsored link, affiliate program dan adsense.
Lagi?? Cukup la tu dulu..yg lain kena simpan.
Aku tengok ramai antara kita yg dah ada blog.Ada yg kewujudannya dah lama.Jadi kalau korang dah ada blog dan establish kenapa tak jadikan dia sebagai salah satu cara untuk dapatkan income?Maklumlah dalam keadaan sekarang nie, barang semua dah naik.Mungkin dapat membantu untuk dapatkan extra income.
Salah satu yg paling senang ialah dengan join ads network seperti Nuffnang dan juga Adverlets.Tapi ads nie tak convert banyak untuk blog yg trafik sikit.
Yang paling aku rekomen untuk sape yg suka buat blog review adalah SponsoredReview. Korang leh dapat sehingga $35 untuk satu review bergantung kepada korang punya blog.Fuiyooo…$35 convert dalam RM boleh dapat dalam RM 127 ($1=RM3.6).Bayangkan satu review boleh dapat RM 127. Kalau dapat lagi banyak review kan boleh tambah kita punya income.
Aku rasa ramai yg dah tau pasal buat duit melalui internet ni.Sekrang aku tengok macam2 jenis program buat duit termasuk yang scam.Jadi kalau sesiapa yg baru nak berjinak-jinak dengan program yg scam di jauh-jauhkan lah.Jangan la dekat dengan program yg kata boleh dapat duit dengan goyang kaki.Bagi aku mana ada rezeki datang tanpa usaha.Mestilah kita kena letak usaha barulah rezeki datang.
Ade program yg just nak cari org.Ambik duit org lain lepas tu bagi ke org yg dah awal register.Tak perlu jual barang la konon.Ade juga program yg konon jual barang tapi sebenarnya barang tu sebagai penyedap jer.Hakikat sebenar program tu lebih kepada main pusing-pusing duit.Pada satu masa bila duit tak boleh nak rolling start la gulung tikar.Masa tu mula yer pening kepala.
Buat la satu usaha yg betul2 kita tahu dan pasti.Bukan just ikut2 org jer.Adakala sesuatu perkara tu sesuai untuk org lain tapi tak sesuai untuk kita.Ade org boleh buat duit dengan affiliate programs tapi mungkin tak dengan kita.Mula dengan perkara yg kita minat dan ilmu yg kita ada.Elakkan buat sesuatu yg kita tak ade ilmu mengenainya.Kalau nak buat juga cuba tanya atau cari untuk dapat kepastian.Ape2 hal nak buat ape2 pun kena mula dengan ilmu.
Contoh forum yg korang boleh start :
- Wang Cyber – Forum perniagaan internet berbahasa Melayu.Memang aku recommend especially untuk mereka yang baru dalam dunia perniagaan internet.Ramai otai-otai yg sudi tolong jawab soalan korang.Tapi nak tanya kena la gaya nya.Aku dulu bermula disini.Bila dah ada ilmu asas boleh la lepak kat Digital Point.
- Digital Point - Forum webmaster dalam bahasa Inggeris.Sesuai untuk mereka yg nak explore dan bergaul dengan international webmaster.Memang banyak ilmu boleh dapat kat sini.Kalau pandai boleh jadi lubuk duit.Tak caya? So korang boleh jenguk dan buat pemerhatian.Aku selalu lepak kat sini.
- Associate Programs – Forum untuk mereka yg nak tahu pasal affiliate programs.
- Site Point – Forum webmaster.Jarang dah lepak sini…masa memula dulu rajin lah.
Korang boleh la search kat Google atau Yahoo untuk cari banyak lagi webmaster forum.Tak larat aku nak tulis kat sini.Yang ada ni pun bagi aku dah memadai kalau korang betul2 nak serius buat duit kat internet nie.Yang penting kena ada matlamat, usaha dan fokus.Rajin2 la buat try and error.Aku dulu melalui pengalaman yg sama.Sifu aku adalah forum-forum dan membaca dari blog-blog yg ada.
So korang dah bersedia dari segi mental dan fizikal? Kalau dah bersedia korang boleh start sekarang.Jangan terlambat.

Sekiranya anda mempunyai niat untuk membuka kedai online sendiri inilah masanya iaitu dengan penyelesaian yang disediakan oleh NiagaKit.
Dengan NiagaKit anda yg tidak mempunyai pengetahuan dengan mudah membuka kedai online anda sendiri dan harga yang sangat murah berbanding sekiranya anda beli diluar sana.
Apakah NiagaKit?
NiagaKit adalah satu kedai online atau dipanggil e-commerce yg menggunakan platform WordPress bagi menjual produk secara online.Dengan NiagaKit ciri pembayaran secara online seperti Paypal juga disediakan.
Dengan NiagaKit anda akan dapat :
- Set complete kedai online
- domain dan hosting
- kedai anda boleh siap dlm 24 jam
- mesra pengguna
- support
Anda boleh menjual pelbagai jenis barangan seperti kasut,baju, kuih, pinggan-mangkuk dan apa juga jenis peniagaan yg sesuai secara online.
Harga? Dengan ciri-ciri yg disediakan bersama dengan support yg disediakan memang harga yg diberikan adalah murah iaitu dari RM500 bagi 100 pelanggan pertama.Anda boleh buat perbandingan solution diluar sana dengan solution yg ada pada NiagaKit.
Dapatkan segera sebelum harga dinaikkan selepas pelanggan ke-100.

Apa itu overdraft? Rasa ramai yg tau dan ade jugak yang masih tak tau. Mana yg tak tau boleh la buat kajian sedikit pasal kegunaan overdraft ini dalam mengurus kewangan kita.Biasanya overdraft kita dengar digunakan oleh peniaga sahaja.Tapi kita kena ingat sebagai individu juga boleh memperolehi kemudahan overdraft secara clean atau disandarkan kpd hartanah,unit amanah atau fixed deposit (FD).Biasanya kadar interest adalah berdasarkan Base Landing Rate atau BLR.Yang menarik kadar caj adalah berdasarkan daily rest yang mana amat menguntungkan pengguna.
Apa kelebihan overdraft?
Semalam aku apply Tune Card dari TuneMoney.com secara online.Ape tujuan sebenar aku register Tune Card nie? Ohh…kalau nak tau ..tentulah tak lain tak bukan nak keluarkan duit dari akaun PayPal.
Tapi sebelum tu Tune Card ni adalah salah satu visa debit card yang sesuai yang aku dengar untuk pengeluaran dan juga pengaktifan akaun PayPal.
Aku nak try Tune Card ni sebab pengeluaran dari CIMB ATM Network hanya RM1.15 tapi kalau pengeluaran dari lain-lain ATM Network RM10.00 mahal lagi.Satu lagi kelebihan CIMB punya ATM senang nak cari. Compare dengan debit card A-Rajhi yg aku sekarang pakai pengeluaran dari mana-mana ATM network RM4.00 nak cari dia punya sendiri ATM machine baper kerat jer.

Jadi semalam aku register lah..punya la susah aku try lebih 4-5 kali error .Bab password ni agak letih sikit.Memanglah untuk keselamatan tapi banyak songel.Aku asyik error kat sini sebab dia kata tak ikut dia punya requirement.
Last sekali aku berjaya jugak akhirnya.Jadi sekarang aku kena tunggu 7 hari bekerja untuk ambil di pejabat pos yang aku pilih.Diorang takan bagi ape-ape notis yg menyatakan kita punya kad tuh dah sampai dekat pejabat pos pilihan kita tuh. So pepandai la budget bila nak ambil jgn lebih dari 21 hari sudah.Nanti kad korang dia cancel.
Aku tak sabar nak tunggu kad ni sampai sebab nak test samada boleh verify untuk PayPal ke tak.Sesama la kita tunggu.