Archive for the ‘Financial Planning’ Category

Loan ASB – Untung ke Rugi?

Posted on the January 6th, 2010 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

Minggu lepas aku pegi Maybank nak bukak akaun simpanan untuk adik ipar .Punya la ramai org nak bukak buku simpanan time-time cuti.Mungkin masa hujung2 tahun tu org ambik cuti untuk settle mcm2 kot.Time tunggu giliran tu aku sesaja la tengok brochure yg ada depan officer yg aku duduk.Jadi ternampak la loan asb punya borang plus table installment bulanan dia sekali.

Jadi aku tengok kalau pinjam loan ASB sebanyak RM200,000 selama 25 tahun, installment bulanan hanya lebih kurang RM1,067 camtu.Jom kita kire jumlah installment setahun compare dengan dividen yg kite dapat.

Pelaburan unit amanah – untung ke rugi?

Posted on the January 3rd, 2010 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

OKlah hari ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku melabur dalam unit amanah nama biasa didengar iaitu unit trust.Yang aku nak cerita ni pasal pelaburan ke unit trust guna duit KWSP.Sebelum aku melabur dalam unit trust ni, macam-macam feedback yang aku dengar.Ade yg kata rugi..ade yg kata untung…ada yg kata jangan masuk unit trust.Jadi mesti ada sebab kenapa ada org kata rugi dan ada yg kata untung.Mungkin salah strategi…atau mungkin org melabur tu main hentam jer dan bagi 100% kepercayaan dekat agen.Ada agen yg tak bagi advise janji dia dapat komisen.Jadi kita tak boleh nak harap 100% kat org lain merancang pelaburan kita.At least kita kena bersedia kalau tak banyak sikit pun ok dengan ilmu pasal pelaburan.

Jadi sebelum melabur aku pun buat la kajian sikit dengan beli buku pasal unit trust ni.Orang kata kalau nak buat sesuatu kena ada ilmu.Kalau tak nanti kita ikut jalan yg salah.Bila aku dah tau serba sikit pasal pelaburan unit trust tu,baru lah aku mengorak langkah pertama untuk start melabur.Daripada duit tu duk diam kat KWSP tu baik aku cuba melabur dalam unit trust.

Ape azam 2010?

Posted on the January 2nd, 2010 under Financial Planning, Hartanah, Pelaburan emas, Tagline GengBlogger.com, Umum by dynn

Hari ni dah masuk hari yg ke-2 tahun 2010.Jadi apa azam tahun 2010 ni ?

Pertama aku nak tambahkan lagi ilmu berkenaan dengan motivasi, pelaburan dan juga perancangan kewangan.Buat masa ni aku memang minat dalam ketiga-tiga bidang ni.Sebab aku boleh praktikkan dan pada masa yang sama boleh dikongsi dengan rakan-rakan.Tak rugi kita beli buku..tak kire buku apa ..janji boleh bagi manfaat untuk diri dan juga org disekeliling kita.Lagi pun beli buku dapat pelepasan cukai.

Kedua, kena kaji balik portfolio pelaburan tahun 2009 dan nak tambahkan lagi portfolio pelaburan yang sedia ada i.e unit trust, stock, gold dan real estate.Yang ni pun kena check jugak sebagai bekalan untuk hari tua nanti.Bukan ada pencen.Masa sekarang ni lah nak kena jimat cermat.Kurangkan hutang yg ada.Tambahkan simpanan.Jangan kena bayar zakat baru la harta tu subur.

Yang ke-3, nak tambahkan lagi income dari internet   i.e paid to blog,sponsored link, affiliate program dan adsense.

Lagi?? Cukup la tu dulu..yg lain kena simpan. :)

Celik Wang – Pengurusan wang secara bijak

Posted on the January 1st, 2010 under Financial Planning by dynn

Adakah anda menguruskan wang anda secara bijak? Hutang kad kredit? Nak tahu penyelesaiannya?
Dapatkan ebuku percuma Celik Wang – Pengurusan Wang Secara Bijak yang dikeluarkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) secara percuma bagi mendidik rakyat Malaysia supaya dapat menguruskan kewangan masing-masing secara bijak bagi mengelakkan mangsa hutang yg tak  berbayar.

Klik sini untuk download ebuku Celik Wang.

Bijak Melabur Dalam Saham

Posted on the December 29th, 2009 under Financial Planning, Pelaburan by dynn

Melabur dalam pasaran saham tidak semudah yg disangkakan.Ramai diantara kita terjun melabur dalam pasaran saham dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat.Memang ada yang untuk dan banyak juga yang rugi.Sebenarnya kalau kita nak buat ape-ape kenalah bermula dengan adanya ilmu terlebih dahulu.Jadi sama juga dengan melabut dalam pasaran saham.Jadi hari ni aku nak share buku yg aku jumpa kat MPH dan aku beli untuk aku belajar melabur secara bijak dalam pasaran saham.Buku dia bertajuk Panduan Bijak Melabur dari Razali Razman.

Dalam buku ini memuatkan maklumat mengenai :

1. Membuat persedian sebelum melabur
2. Mendapatkan sumber maklumat berguna
3. Memilih dan menilai saham
4. Menentukan masa paling sesuai untuk membeli
5. Membuat keputusan untuk menjual saham
6. Mempelbagaikan pelaburan
7. Membina portfolio saham dan aset anda

Cara yang digunakan adalah bagaimana menilai sesuatu saham tersebut dengan menggunakan asas kewangan syarikat tersebut.Jadi sesiapa yg berminat dalam pasaran saham nie kenalah minat sikit2 pasal asas analisa kewangan dan kira-kira.Sebab kita kena buat perbandingan antara nilai kita dapat dengan nilai pasaran saham dipasaran terbuka.Tak rugi beli buku nie ..memang bagus sebagai permulaan untuk meningkatkan ilmu kita dalam saham.

Selamat membaca.

Puas hati pegi kelas OD malam tadi

Posted on the August 30th, 2008 under Financial Planning, OD ASB by dynn

Malam tadi belajar pasal OD…punya la tak sedar..tup..tup dah kul  1:30 pagi..fuiyooo…kusyuk tuhh.Memang banyak yg dapat dipelajari malam tadi.Dari basic sampai la yg kire immediate la tuh..Cuma yg penting sekarang nak implementationnye pulak.Nak kena tengok monthly cash flow ngan segala bill2 dan hutang-hutang punya due date.Bila dah kira semua tu baru la buat simulation untuk buat platform.Banyak mana OD yang nak kita buat nanti.Jadi kalau korang nak tau terperinci pasal OD nie…pegi la register..bukan kena bayar pun pree jer…pengeras dia kalkulator,pen dengan buku.

Malam tadi kira last kelas sebelum puasa.Sampai ade yang datang dari Kedah semata-mata nak belajar pasal alat kewangan ni.

Kalau aku nak bagi rating kat sifu OD malam tadi aku bagi dia 9 /10. Orait la tu kan??