Archive for the ‘Financial Planning’ Category
Sebelum ini saya ada buat entry secara mudah berkenaan dengan kelebihan melabur didalam unit amanah.Hari ni saya nak share satu lagi iaitu kekurangan melabur didalam unit amanah sebagai sambungan dari entry tersebut.
Antara kekurangan melabur dalam unit trust atau unit amanah adalah :
1. Risiko – risiko memang tidak dapat dielakkan bila kita membuat pelaburan.Cuma kita perlu tahu apakah risiko2 yg berkaitan yg pelaburan yg dibuat.Dari pendedahan risiko yg ada akan memberi gambaran bakal pulangan yg diterima.
2. Kawalan – tidak mempunyai kawalan keatas urusan jualbeli portfolio kerana ianya dibuat oleh pengurus dana.
3. Yuran dan bayaran – terdapat kos pelaburan seperti bayaran perkhidmatan awal,yuran keluar,yuran pengurusan dana dan yuran pemegang amanah yg akan mengurangkan pelaburan.Mana ada semua nak dapat percuma dlm dunia ni.
Itulah serba sedikit kekurangan bila melabur didalam unit amanah.Tiada pelaburan yg perfect semua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Yang penting dengan kelebihan dan kelemahan yg ada, dapat kita nilai samada ianya sesuai atau tidak dengan objektif kewangan kita.
Kesan dari kenaikan BLR/BFR oleh bank-bank sejak awal bulan March ini telah memberi kesan kepada pinjaman/pembiayaan baru .Sama juga dengan Loan ASB atau Skim Pinjaman/Pembiayaan ASB.Yang saya nak share kat sini Skim Pembiayaan ASB Maybank yang terkini. BFR-1.65% masih kekal untuk pinjaman lebih dari RM30K.Difahamkan lock-in period adalah 2 tahun.
Contoh kalau pinjam dalam RM100k, maka kadar bersih adalah 4.15% (5.80-1.65).Jadi kalau kita assume dividen ASB pada 7.5% , net spread dia 3.35%.Installment bulanan dalam RM536 untuk tempoh pinjaman maksimum.Installment setahun RM 6,432.Dividen setahun kalau pada 7.5% x RM100k = RM7,500.Dividen tolak dengan installment setahun kita dapat net RM 1,068.
Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada rekod CRIS/CTOS dan komitmen hutang masing2.Apa2 pun korang kena check dengan cawangan terdekat untuk keterangan lanjut.
Latest table bayaran bulanan boleh download file di ASB Repayment Table 2.
Info tambahan : dividen ASB tahun 2009 – 8.55%.Segala yg dipaparkan didalam blog ini adalah sekadar informasi.Sebarang keputusan adalah tanggungjawab anda sendiri.Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian yg ditanggung oleh pihak anda.Oleh itu dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang bertauliah.
Ok.Hari ni saya nak share sikit berkenaan dengan perkara yang kita perlu tahu sebelum invest dalam unit trust atau unit amanah.Memang kita perlu tahu kemana duit kita akan dilaburkan jangan biarkan org lain mengambil kesempatan atas ketidaktahuan kita dalam sesuatu perkara.
Berikut adalah perkara yg kita perlu tahu sebelum melabur dalam unit trust yang kadang-kadang tidak diberitahu oleh agen :
- Apa itu unit trust dan bagaimana ia berfungsi
- Kita tidak diberitahu jenis pelaburan yg sesuai
- Adanya caj yg akan memeberi kesan keatas pelaburan
- Risiko2 yg perlu difahami
- Jaminan atas pulangan
Bersambung…
Bank Al-Rajhi menawarkan pembiayaan peribadi -i untuk mereka yang ingin menjelaskan kad kredit pada kadar rata 8.5% setahun.Dengan tawaran ini anda akan dapat menjimatkan kadar bayaran kad kredit yg mengenakan caj sebanyak 18% setahun.

Untuk keterangan lanjut dapatkan maklumat terkini di cawangan Al-Rajhi Bank yang berdekatan.
2009/12/29 – KOSMO
SOALAN:
SAYA jejaka yang mahu mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, simpanan saya masih tidak mencukupi.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menyimpan duit dengan lebih berkesan supaya dapat digunakan untuk perkahwinan itu nanti. Tolonglah saya Dr.
Jejaka Pokai
Johor Baharu.
JAWAPAN:
Hasrat adik untuk berumah tangga adalah murni. Mendirikan rumah tangga boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diingini seperti maksiat. Dr empati dengan masalah adik yang masih tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk berkahwin.
Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi )
Jika adik serius untuk berkahwin, cuba usahakan majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan adik. Adik perlu merancang kewangan untuk tujuan perkahwinan itu.
Buat satu pelan simpanan dan dapatkan nasihat daripada institusi kewangan atau pakar kewangan dalam perkara ini. Adik juga boleh membaca buku berkaitan.
Sikap jimat-cermat boleh membantu adik dalam mengurus simpanan untuk tujuan perkahwinan dengan baik.
Sumber - KOSMO
Tengok betapa pentingnya merancang kewangan anda.Nak kawin pun tak cukup duit.Itu baru nak kahwin, belum lagi lepas kahwin lagi la perlukan duit untuk menampung keperluan asas seperti rumah,kenderaan,bil air,bil api,susu anak dan sebagainya.

Dari data-data yang lepas dividen KWSP yg diberikan kepada pencarum adalah dalam lingkungan 4%-5% peratus sahaja.Ini adalah kerana pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah bersifat konservatif bagi melindungi simpanan para ahli dari pasaran yang tidak stabil.Kita juga perlu faham bahawa tujuan simpanan didalam KWSP iaitu simpanan bagi hari tua.
Walaubagaimanapun KWSP telah membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan didalam unit amanah diistitusi-institusi yg dilantik oleh KWSP sendiri.Jadi inilah peluang kita untuk meningkatkan simpanan bagi tujuan persaraan kita nanti.Seperti yg kita tahu pulangan dalam pelaburan dalam unit amanah jika dilaburkan ditempat dan masa yang betul adalah melebihi dividen yg boleh diberikan oleh KWSP.
Tapi kita perlu tahu dan faham tentang adanya kos yg dipanggil sales charge yg terlibat bagi pelaburan yg dibuat didalam unit amanah.Jadi berhati-hati bila agen unit amanah cuba memancing anda untuk melabur dengan mereka.Pastikan duit anda dilaburkan didalam pelaburan yg sesuai dengan profil risiko anda.Kalau boleh dapatkan ilmu asas untuk melabur didalam unit amanah.

Setelah hampir dua tahun guna OD ASB, dari pengalaman aku sendiri OD nie memang sangat membantu dalam urusan pengurusan kewangan .Duit gaji bulanan ke akaun OD .Pendapatan internet dari paypal pun masukkan direct ke akaun OD.Secara tak langsung dapat menjimatkan caj akaun OD ni.Buat masa ni belum lagi nak merempit lagi, sebab tujuan asalnya nak dapatkan feel guna OD ASB nie dulu sebelum melangkah lebih advance.Nak tengok caj bulanan yg bank akan kenakan.Tahun ni target nak merempit untuk memaksimum ASB yang ada.
Macamana nak maksimumkan ASB ? Teknik memaksimumkan ASB adalah dengan menggunakan menggabungkan OD ASB dengan Pinjaman ASB.OD ASB akan digunakan untuk modal installment bulanan pinjaman ASB.Lepas tahun ke-2 guna dividen tahun pertama untuk bayar installment tahun-tahun seterusnya.Ade yang dah tau dan ade gak yg lom tau.Yang belum tau kena lah belajar dulu.Jangan main terjah beb.Silap terjah masuk gaung.
Teknik ni memang dah lama diketahui, masa belajar pasal OD ASB dengan Cikgu Ahmad lagi.Cuma kena lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.Yer la lain org lain profil risiko masing-masing.Kita tak boleh nak ikut org lain sembrono jer.Tengok kemampuan dan ilmu yang kita ada juga.Walaupun OD ASB ini adalah salah satu alat didalam perancangan kewangan kita.Banyak lagi cara untuk memaksimumkan simpanan kita.Yang penting kita faham ape yg kita nak capai.
Pengurusan kewangan berhemah merupakan antara kunci kepada kestabilan diri dan institusi keluarga.
Ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka dengan bijak lalu mengalami pelbagai masalah di
kemudian hari seperti menanggung bebanan hutang yang banyak. Kebahagiaan di dalam kehidupan
berumahtangga sedikit sebanyak bergantung pada bagaimana menguruskan kewangan yang baik.
Bengkel ini dianjurkan khususnya untuk golongan muda yang baru menjalani kehidupan berumah tangga
atau bakal mendirikan rumahtangga. Pengurusan kewangan yang bijak di awal perkahwinan akan
banyak membantu mewujudkan kedamaian, keharmonian dan kerukunan rumah tangga agar
berkekalan.
Oleh itu IKIM akan mengadakan Bengkel Pengurusan Kewangan Ambang Perkahwinan seperti berikut :
- Tarikh : 20 Februari 2010
- Tempat : Dewan Besar IKIM
- Masa : 8:30pagi – 4:30 ptg
Matlatmat program ini :
- Memahami amalan-amalan berhemah dalam pengurusan kewangan;
- Terdedah kepada kaedah penabungan yang berkesan; dan
- Formula berhutang yang berhemah.
Siapa yang patut hadir ?
- bakal pengantin atau mereka yg baru mendirikan rumahtangga
Yuran penyertaan : RM 150.00 (individu), RM250.00 (berpasangan) dan RM125.00 seorang (berkumpulan).
Untuk pendaftaran sila lawat laman IKIM di www.ikim.gov.my.
Korang penah tak cuba berjimat berbelanja tapi tak jugak tercapai.Ade jer yg nak dibeli.Jimat sini keluar yang sana.Jimat kat sana keluar yg sini.
Jadi kat sini aku nak share sikit pasal kenapa usaha berjimat kita tu selalu GAGAL :
1. Korang tak paham kenapa perlu BERJIMAT
2. Korang tak de matlamat
3. Susah nak follow tips yg ada untuk BERJIMAT
4. Tak tau teknik yang betul untuk BERJIMAT
5. Susah nak ubah life-style
6. Tak BERDISPLIN
7. Nafsu besar sangat (lawak jer…
)
Untuk lebih lanjut korang boleh dapatkan tips perjimatan untuk pembacaan seterusnya kat SINI.
p/s : Aku tak de kena mengena dengan link tuh…just nak share jer kalau berminat.