Archive for the ‘Credit Card’ Category

Buat duit dengan eBay

Posted on the December 20th, 2008 under Credit Card, Hartanah by dynn

Sebenarnya lama dah aku tak membuat blog post sekarang nie.Bukan ape aku tengah layan cara nak buat duit di eBay.Setelah baca buku Panduan dan Teknik Rahsia eBay, aku praktik apa yg ade dalam buku tuh.Memang menjadi.Setakat ni aku dah buat 4 jualan.Memang aku tak sangka, memang boleh buat duit dekat eBay ni.Cuma macam bisnes2 lain juga kita nak kena sabar.Kalau mudah putus asa apa-apa bisnes pun tak menjadi.Yang penting ada kesungguhan untuk membuah kejayaan.

Teknik yg ada dalam ebook tu memang mudah dan senang untuk dipraktikkan.Kalau korang ikut step by step panduan yg ada dalam buku tu, Insyallah korang boleh buat sales.Dalam buku ni ajar camner nak dapatkan produk tanpa simpan stok.Aku pun tak pernah terpikir cara ni.

 

BLR/BFR CIMB dan Maybank – 6.50%

Posted on the December 4th, 2008 under Credit Card, Umum by dynn

Semenjak pengumuman penurunan OPR sebanyak 0.25% bank-bank telah pun menurunkan BLR dan juga BFR efektif 1 Disember 2008.

Apa yg tahu setakat ini CIMB dan Maybank sahaja yg menawarkan BLR/BFR yg termurah berbanding dengan bank-bank tempatan lain iaitu 6.50%.

Dari maklumat yg saya kumpul Citibank,Affin Bank , EON Bank mengenakan BLR/BFR pada kadar 6.55%.

Kalau ada maklumat yg terkini boleh la tinggkan komen korang kat sini.

BLR turun sebanyak 0.25%

Posted on the November 28th, 2008 under Cerita Panas, Credit Card by dynn

Berita menarik.. dalam suasana ekonomi yg tak berapa membarangsangkan ni, BLR iaitu Base Landing Rate telah diturunkan sebanyak 0.25%.Ini bermakna BLR sekarang 6.75% akan menjadi 6.50%.Difahamkan penurunan kadar ini efektif 1 Disember 2008 ini.

Ini dikatakan menarik bagi bakal2 peminjam untuk membuat pinjaman seperti pinjaman perumahan dimana kos faedah dikenakan telah berkurang.Tujuan kadar ini diturunkan adalah untuk merangsangkan suasana ekonomi di Malaysia dalam menghadapi suasana ekonomi yg agak muram sejak kebelakangan ini yg melanda dunia.

 

Pengurusan kewangan – Part 1

Posted on the November 2nd, 2008 under Credit Card by dynn

Ya..kita kena celik dalam menguruskan kewangan kita.Pembelajaran tentang menguruskan kewangan ini tidak diajar semasa kita belajar disekolah atau pun semasa kita diuniversiti.Kalau yg belajar pun sebab ambil pengajian yg berkaitan dengan finance,itu pun tak di amalkan bila dah bekerja atau real life.

Berapa ramai kalau kita tengok yg struggle dalam menguruskan kewangan peribadi? Dari student sampai la org yg bekerja.

Sebagai seorang student penting dalam menguruskan kewangan juga terutama mereka yang dapat pinjaman atau scholarship.Bila time dapat pinjaman mula lah beli macam-macam. Ada yg beli baju ,seluar , handphone dan macam-macam lah accessories. Beli pulak yang mahal2.Bukan tak boleh beli tapi ala kadar cukup la kan.Lain la kita ni dari keluarga yg berada.Kalau keluarga berada sekali pun membazirkan tak elok.Kita masuk universiti untuk belajar bukan nak melaram yer tak? Yang haru belum sempat habis semesta duit dah habis.Sebab tu pentingnya kita menguruskan kewangan start dari student lagi.Kalau tabiat membazir ini kita amalkan sampai keje pun kita akan terikut-ikut dengan style macam nie.

Bagi yg dah start keje, masa ni lah kita mula kita menguruskan kewangan kita dengan lebih serius.Bila dah berkerja kita dah start nak beli kereta, nak beli rumah atau menyewa rumah, lepas tu nak kawin dan tak lupa juga perbelanjaan harian kita.Bila dah keje mulalah membuat perancangan kewangan sendiri.Dalam merancang kewangan kita perlu ada matlamat, tempoh untuk mencapai matlamat dan juga berapa banyak kita yg perlu atau mahukan pada akhir matlamat kita nanti.Kena spesifik tapi realistik.Sebagai contoh matlamat 10 tahun akan datang nak make sure ada RM500,000 dalam simpanan.

Bersambung…

Kredit Kad Islamik dari CIMB Islamic

Posted on the October 17th, 2008 under Credit Card, Tagline GengBlogger.com by dynn

Hari ni terbaca produk baru dari CIMB Islamic iaitu kad kredit Master yang Islamik yang berdasarkan konsep Ujrah.

Satu perkembangan baru bagi pengguna kredit kad yang ingin menggunakan kredit kad yang berlandaskan Islamik.

Kelebihan kad kredit Master dari CIMB Islamik :

1. Percuma sepanjang hayat.

2. Manfaat eksklusif

3. Tawaran Rebat

4. E-pay

5. MasterCard Paypass

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web CIMB Islamic.

Emas satu pelaburan?

Posted on the October 14th, 2008 under Credit Card by dynn

Aku ada terbaca 2 hari lepas berkenaan dengan pelaburan emas di Blog Jutawan Emas yang selama ini aku terlepas pandang.Sebenarnya sebelum ni ada pernah terbaca berkenaan dengan pelaburan emas yg juga merupakan salah satu cabang pelaburan jangka panjang tapi aku pandang remeh sebab aku tak buat kajian yang terperinci berkenaan dengannya.

Lepas membaca blog Jutawan Emas tempohari , aku dah nampak bagaimana pelaburan emas ini boleh mendatangkan keuntungan kalau pelaburan ini dibuat dengan cara yang betul.Walaubagaimanapun sebelum memulakan pelaburan aku akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu supaya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan first hand info dan bukan sekadar ikutan sahaja.

Kepada rakan yang masih blur pasal pelaburan emas ini boleh la melawat di blog Jutawan Emas untuk maklumat lanjut berkenaan bagaimana untuk melabur dalam emas.

Overdraft satu alat perancang kewangan

Posted on the September 27th, 2008 under Credit Card, Pelaburan emas by dynn

Apa itu overdraft? Rasa ramai yg tau dan ade jugak yang masih tak tau. Mana yg tak tau boleh la buat kajian sedikit pasal kegunaan overdraft ini dalam mengurus kewangan kita.Biasanya overdraft kita dengar digunakan oleh peniaga sahaja.Tapi kita kena ingat sebagai individu juga boleh memperolehi kemudahan overdraft secara clean atau disandarkan kpd hartanah,unit amanah atau fixed deposit (FD).Biasanya kadar interest adalah berdasarkan Base Landing Rate atau BLR.Yang menarik kadar caj adalah berdasarkan daily rest yang mana amat menguntungkan pengguna.

Apa kelebihan overdraft?

Pelaburan dalam hartanah ..satu kajian

Posted on the September 27th, 2008 under Credit Card by dynn

Pelaburan hartanah bukan asing lagi dalam dunia pelaburan masa kini. Kalau dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan hartanah adalah merupakan pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi iaitu didalam 20-30% dalam masa setahun.Malah sebagaimana yang kita tahu nilai hartanah adalah semakin naik dari tahun ke tahun.Ini tidak dapat dinafikan lagi ianya juga sebagai hedge kepada inflasi atau pelindung kepada inflasi.Mana tak nya walaupun inflasi nilai hartanah tidak akan turun cuma mungkin kadar kenaikannya agak slow sedikit tapi inflasi masih tidak dapat mengatasi nilai hartanah.

Satu yang menarik bukan? Tapi adalah kita sanggup melabur dalam bidang ini ? Bangsa lain telah pun melihat bidang ini dapat menjamin pendapatan pasif yang lumayan.Jadi kita bila lagi?

Aku dalam proses untuk mempelajari selok-belok berkenaan dengan hartanah nie.Asalnya adalah dari membaca buku Azizi Ali.Memang menarik buku-buku hasil tulisan beliau.Ia membuka minda kita dalam bidang perancangan kewangan dan pada masa yang sama dapat membantu kita dalam mencapai matlamat kewangan kita.

Dari pada pembacaan dan kajian yg dibuat sebagai permulaan pelaburan hartanah yg sesuai untuk pelaburan dan mudah untuk mendapat keuntungan adalah low atau medium cost apartment.Sebab harganya dalam lingkungan RM50,000 hingga RM80,000 bergantung kepada kawasan.Dan kalau kita selidik pada harga RM60,000 ansuran pinjaman sebulan tak lebih dari RM300 sebulan.Bayangkan pada ansuran sebulan kemudian disewa dengan RM500 kira dah untuk RM200 yer tak? Itu baru sebuah rumah kalau ada 5 biji rumah dah RM1,000. Sapa nak bagi RM1,000. Lepas tu pulak ansuran bulanan penyewa yg bayar. Tak menarik ke? Untuk low atau medium kos apartment kos guaman dan pendahuluan (10%) tak sampai RM10,000. Bayangkan bulan2 kita dapat RM200 setahun dah RM1,200. Dengan kos yg kita keluar hanya RM10,000. So berapa ROI dia? Korang kira lah sendiri…rasa-rasa tinggi ke tak?

Apply Tune Card dari Tune Money

Posted on the September 27th, 2008 under Credit Card, Pelaburan emas by dynn

Semalam aku apply Tune Card dari TuneMoney.com secara online.Ape tujuan sebenar aku register Tune Card nie? Ohh…kalau nak tau ..tentulah tak lain tak bukan nak keluarkan duit dari akaun PayPal.

Tapi sebelum tu Tune Card ni adalah salah satu visa debit card yang sesuai yang aku dengar untuk pengeluaran dan juga pengaktifan akaun PayPal.

Aku nak try Tune Card ni sebab pengeluaran dari CIMB ATM Network hanya RM1.15 tapi kalau pengeluaran dari lain-lain ATM Network RM10.00 mahal lagi.Satu lagi kelebihan CIMB punya ATM senang nak cari. Compare dengan debit card A-Rajhi yg aku sekarang pakai pengeluaran dari mana-mana ATM network RM4.00 nak cari dia punya sendiri ATM machine baper kerat jer.

Jadi semalam aku register lah..punya la susah aku try lebih 4-5 kali error .Bab password ni agak letih sikit.Memanglah untuk keselamatan tapi banyak songel.Aku asyik error kat sini sebab dia kata tak ikut dia punya requirement.

Last sekali aku berjaya jugak akhirnya.Jadi sekarang aku kena tunggu 7 hari bekerja untuk ambil di pejabat pos yang aku pilih.Diorang takan bagi ape-ape notis yg menyatakan kita punya kad tuh dah sampai dekat pejabat pos pilihan kita tuh. So pepandai la budget bila nak ambil jgn lebih dari 21 hari sudah.Nanti kad korang dia cancel.

Aku tak sabar nak tunggu kad ni sampai sebab nak test samada boleh verify untuk PayPal ke tak.Sesama la kita tunggu.

Kelas OD/ASB

Posted on the August 28th, 2008 under Credit Card, Umum by dynn

Oo yer esok ada jemputan untuk ke kelasOD/ASB.Lama sebenarnya aku tertunggu-tunggu kelas ni.Ni peluang terbaik saya nak belajar pasal OD nih.

Insyallah kalau tak de aral melintang esok aku pegi dekat NZ CurryHouse di Wangsa Maju pukul 9:30 mlm.Ni kire first time saya keluar memalam nie.Tak pi tak per niat saya nak belajar bukan nak saje-saje melepak.

Kepada sesapa yg tak tau pasal OD dan ape kebende OD nie dan apa kelebihan dia…nanti saya update lah pasal OD nih.

Check-it out.

Kalau korang nak register untuk pegi Kelas OD/ASB korang boleh register kat sini : Kelas OD ASB