Archive for the ‘Credit Card’ Category
Bank Al-Rajhi menawarkan pembiayaan peribadi -i untuk mereka yang ingin menjelaskan kad kredit pada kadar rata 8.5% setahun.Dengan tawaran ini anda akan dapat menjimatkan kadar bayaran kad kredit yg mengenakan caj sebanyak 18% setahun.

Untuk keterangan lanjut dapatkan maklumat terkini di cawangan Al-Rajhi Bank yang berdekatan.
Hari ni aku nak cerita sikit pasal permohonan kad kredit al Ikhwan Maybank.Aku dah apply hampir 2 minggu, setakat hari ni tak ade ape-ape berita pun.
Kenapa aku pilih Al-Ikhwan Maybank?Bagus sangat ke kad kredit nie?Sebenarnya aku apply kad kredit Ikhwan Maybank ni sebab nak tukar kad kredit Maybank yang konvensional kepada yg Islamik.Ade jugak kad kredit Islamik yang lain dari Bank Rakyat,Bank Islam dan CIMB yg aku berminat.Cuma aku nak maintain guna produk Maybank nie sebab senang bila nak buat pembayaran just online jer.OD ASB aku pun aku buat dengan Maybank.So semua dekat sini senang aku nak manage cash flow aku.
Aku target bila dah dapat kad kredit Ikhwan tu nanti, aku nak transferkan amaun outstanding dari kad lama ke kad kredit Ikhwan.Ni jer la kad kredit aku yg tinggal, yang lain aku dah terminate semenjak kerajaan war2kan untuk mengenakan cukai perkhidmatan tahun 2010 ni.
Kepada pengguna paypal berikut adalah credit card/debit card bank yang boleh verify dan keluarkan duit paypal.
Kad yang boleh verify Paypal :
Kad kredit
# Affin Bank VISA
# Alliance Bank VISA
# HSBC VISA
# Public Bank VISA & Mastercard
Debit Kad
1. Al Rajhi Bank VISA Debit
2. Maybank Debit Visa Card
3. Public Bank VISA Electron, Day2Day Card & ING Debit Mastercard
4. RHB Bank Cash Connect Debit Mastercard
5. TuneMoney.com VISA Debit
6. UOB ATM with VISA Electron
7. CIMB e.Mastercard Debit 1. Al Rajhi Bank VISA Debit
2. Maybank Debit Visa Card
3. Public Bank VISA Electron, Day2Day Card & ING Debit Mastercard
4. RHB Bank Cash Connect Debit Mastercard
5. TuneMoney.com VISA Debit
6. UOB ATM with VISA Electron
7. CIMB e.Mastercard Debit
Tengah hari tadi member aku dapat call dari private no yg tak di ketahui asal usul no tuh.Orang yang call tuh mintak no card credit, expired date dan jugak 3 no security yg kat belakang card credit tuh.Member pun pelik lah.Yang satu lagi dia kata pelik… nama org yg call tu nama perempuan Melayu tapi suara bunyi mcm perempuan India.Dah pelik mcm tu dia pun letak call la.Tu memang sah la perompak zaman siber.
So korang berhati-hati la dapat call yg mcm tuh.Kalau call daripada bank mesti dia tak tanya punya expired date sekali ngan 3 no security tuh.Jangan sesekali layan org yg mintak info pasal card credit nie.
Bengkel Urus Wang PERCUMA akan diadakan pada hari Ahad 2 Ogos 2009. Hanya di Kuala Lumpur.
Kepada Tuan dan Puan yang berminat bagi menyertainya sila emelkan nama dan nombor telefon ke info@shamsuddinkadir.com bagi mendaftarkan.
Tarikh: AHAD 2 Ogos 2009
Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. (Bersebelahan Pasaraya Giant Taman Permata)
Untuk lanjut sila rujuk : Blog Ini
Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?
KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), semalam mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.
Bank itu turut memberikan bayaran tambahan lima peratus, iaitu dividen khas kepada mereka yang menjadi ahli bank itu selama 10 tahun dan ke atas.
Sumber : Berita Harian
Untunglah sesapa yg banyak simpan dalam Bank Rakyat.Sekarang ni nak masuk dah penuh dah.Jadi kena cari alternatif lain.
Alhamdullilah…bonus dan kenaikan gaji dah masuk.Best..best.Walaupun tak banyak macam tahun lepas tapi bagi aku syukur dalam keadaan sekarang nie org lain ade yg kena berenti keje…ade yg kena potong gaji..masih tercari-cari kerja..aku masih lagi dapat bonus dan kenaikan gaji.
Memanglah bonus tu berdasarkan performance tahun lepas tapi bayaran dibuat tahun ni yg mana akan memberi kesan kepada cash flow syarikat.Tapi syarikat masih boleh memberikan bonus dan naik gaji.Kepada kengkawan yg naik sikit..atau tak naik langsung..tak de bonus …bersyukur jer la selagi ade keje.Kalau rasa tak puas hati cari la keje lain.Tapi dalam keadaan skrang nie nak cari keje lain agak mencabar juga.
Oo yer aku tak de aper yg nak dibuat dengan bonus yg aku dapat.Just simpan jer la kot.
KWSP telah mengisytihar dividen bagi tahun kewangan 2008 sebanyak 4.5% jer.Difahamkan kadar dividen ini adalah terendah berbanding tahun2 sebelumnya akibat dari peningkatan peruntukan susut nilai pelaburan akibat dari penurunan pasaran ekuiti global.
Jadi jangan la nak mengharap sangat dengan dividen KWSP tuh.Sebab tu lah KWSP memberi peluang kepada pencarum untuk pengeluaran KWSP untuk dilabur ke tempat lain.Tapi risiko tanggung sendiri la kan.Kalau silap melabur kat tempat yg salah..gigit jari jer lah.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus. Dengan keputusan ini, kadar tertinggi dan terendah koridor OPR masing-masing diturunkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus. Keperluan Rizab Berkanun juga diturunkan daripada 2 peratus kepada 1 peratus berkuat kuasa 1 Mac 2009 bertujuan untuk mengurangkan lagi kos pengantaraan.
Sekali lagi BNM telah menurukan OPR untuk kali yg ke-2 bagi merangsang ekonomi negara yg semakin mencabar akibat dari krisis ekonomi global.Dengan penurunan ini banyak bank telah menurunkan BLR/BFR masing-masing.
Berikut adalah bank-bank yg aku yg aku tahu yg telah menurunkan BLR/BFR sejajar dengan tindakan yg dilakukan oleh BNM :
- Maybank /Islamik – 5.55% – efektif 2 March 2009
- CIMB Bank / Islamik – 5.55% – efektif 2 March 2009
- Affin Bank / Islamik – 5.55% – efektif 2 March 2009
(akan dikemaskini kalau ada info terkini)