Archive for the ‘Cerita Panas’ Category

Sadie Frost bangga pose panas

Posted on the January 8th, 2010 under Cerita Panas by dynn

BEKAS isteri kepada aktor Jude Law, Sadie Frost membuat tindakan berani apabila tampil ‘tanpa seurat benang’ bagi menghiasi majalah fesyen, Grazia di U.K, baru-baru ini.

Dalam temubual dengan majalah itu, Frost dipetik sebagai berkata, dia mendedahkan tubuhnya demi menyuntik keyakinan pada kaum wanita agar lebih berbangga dan menghargai anugerah tubuh badan yang dikurniakan.

“Saya ingin tegaskan, tindakan berbogel ini bukan semata-mata menanggalkan pakaian dan berbogel, mahupun menggunakan helah kamera untuk membuatkan saya kelihatan lebih langsing.

“Sebaliknya, saya ingin bina keyakinan pada semua wanita betapa kita harus berbangga dengan apa jua keadaan dan potongan badan yang kita miliki.

“Saya juga seperti wanita yang lain, ada bahagian badan yang saya gemari seperti dada, bahu dan lengan dan ada juga bahagian yang saya kurang senang, iaitu punggung dan perut,” katanya berseloroh. – Sumber – www.mstar.com.my

Ni artis barat..artis kita jangan ikut macam nie..ni glamour murahan…boleh la pulak bangga ambil gambar sambil berbogel dalam majalah nak  tunjuk potongan badan..cesss

Mudahnya keluar duit dgn paypal..

Posted on the December 24th, 2009 under Cerita Panas, Tagline GengBlogger.com, Umum by dynn

Semenjak paypal membenarkan pengeluaran duit ke bank tempatan (tak silap bulan Oct lepas) dapat mempermudahkan lagi pengeluaran duit dari paypal nie.Semudah 1..2..3.Memang berita baik untuk pengguna-pengguna paypal.Kalau sebelum ni, kena transfer ke akaun debit kad atau kredit kad visa.Contoh : visa elektron Publick Bank,Debit Kad Al-Rajhi.

Sekarang pengeluaran boleh dibuat dalam akaun simpanan atau akaun semasa biasa contoh macam aku…aku guna akaun semasa Maybank.Tempoh untuk transfer dari akaun paypal ke akaun maybank ambil masa dalam 3-4 hari.Kan senang…boleh check thru maybank2u bila-bila masa jer.

So sesiapa yg belum cuma…cuba la skrang.

BLR turun sebanyak 0.25%

Posted on the November 28th, 2008 under Cerita Panas, Credit Card by dynn

Berita menarik.. dalam suasana ekonomi yg tak berapa membarangsangkan ni, BLR iaitu Base Landing Rate telah diturunkan sebanyak 0.25%.Ini bermakna BLR sekarang 6.75% akan menjadi 6.50%.Difahamkan penurunan kadar ini efektif 1 Disember 2008 ini.

Ini dikatakan menarik bagi bakal2 peminjam untuk membuat pinjaman seperti pinjaman perumahan dimana kos faedah dikenakan telah berkurang.Tujuan kadar ini diturunkan adalah untuk merangsangkan suasana ekonomi di Malaysia dalam menghadapi suasana ekonomi yg agak muram sejak kebelakangan ini yg melanda dunia.