3

Cara nak buat duit dieBay

2 bulan lepas saya ada beli satu produk Rahsia Lubuk Dropship keluaran Najid Assadok yang berpengalaman buat duit di eBay.Dalam produk tersebut beliau berkongsi cara untuk kita mula menjual di eBay tanpa modal iaitu kita menggunakan sistem dropship.

Dengan produk ini anda akan mempelajari bagaimana untuk mencari pembekal,macamana nak mula dengan eBay dari buka akaun sampai la buat cara untuk membuat penghantaran item yang kita jual ke pembeli.Video ni memang sesuai bagi mereka yang tercari-cari macamana nak buat duit dieBay atau mereka yang ingin membuat duit tambahan secara part-time.

Jadi selepas saya habis dengar video tersebut saya teruja semula nak start buat listing dieBay yang saya dah tinggal 2 tahun lepas.Saya tinggalkan sebab saya kekeringan idea apa yang perlu saya jual dieBay.Padahal jual kat eBay memang senang sebab anda tak perlu ada website pun tak per.Tak pandai SEO pun still boleh jual kat eBay.Yang penting anda ada barang yang hot atau yang ada demand dekat eBay.

Yang bestnya saya berjaya mendapat 20 jualan yang kesemuanya pembeli dari luar negara terutama dari USA.Memang saya tak sangka boleh buat jualan begitu cepat sebab lagi pun dah lama tinggalkan eBay ni.Itu pun dengan satu produk jer.

Jadi kalau korang ada barang yang nak dijual dipasaran antarabangsa boleh la start main kat eBay.Tapi kena la buat research sikit terutama dari segi persaingan, harga yang berpatutan dan boleh mendatangkan keuntungan.Satu lagi barangan tersebut bukan la barangan yang dilarang atau barangan VERO iaitu menjual barang yang anda tidak mempunyai hak untuk anda jual terutama barangan berjenama.Kalau anda menjual barangan dilarangan akaun anda boleh digantung oleh eBay.

Secara ringkas untuk menjual diEbay anda perlu perkara berikut :

  1. Buka akaun eBay dulu (verify sekali)
  2. Buka akaun Paypal (verify sekali)
  3. Perlu ada kedit card atau debit card atau VCC – untuk verify ebay dan paypal
  4. Barangan yang ada permintaan 
  5. Pembekal untuk barangan tersebut 
  6. Persaingan
  7. Harga – untuk memastikan harga barangan yang kita nak jual tu boleh bersaing dengan menguntungkan.

Jadi kalau nak tahu lebih mendalam anda boleh dapatkan video yang telah kongsikan oleh saudara Najib Assadok dengan produknya Rahsia Lubuk Dropship .

Terima kasih kepada saudara Najib Assadok yang sudi berkongsi pengalaman yg amat berharga bagi mereka yang tercari-cari bagaimana nak buat duit dieBay.Kita tau ada rakan2 diluar sana yang dah berjaya buat duit dengan eBay ni tapi kalau kita kongsi rahsia kejayaan tersebut kepada orang lain kita boleh meramaikan lagi usahawan online yang berjaya dan dapat membantu mereka yang masih tak bekerja atau yang nak tambah pendapatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: Buat Duit Online Tags: , , , ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

3 Responses to "Cara nak buat duit dieBay"

  1. Kerja Kosong says:

    Boleh dicoba ni. Siapa tahu boleh dijadikan kerja parttime.

  2. puanbee says:

    terima kasih atas info ini 🙂

  3. Oh! budu says:

    nak tanya, buat ebay/ i mean iklankan kat ebay pun kena cas gak ek? haritu ada test.. jual benda ntah pape, pastu, akaun ebay kan ada link dengan debit kad, so.. check2 my maybank2u tadi, dia tolak RM3.. adooo~ 

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG