3

Cara mudah keluar duit KWSP

Cara mudah keluarkan duit KWSP.Tak perlu isi borang.Hanya guna MyKad dan buku bank sahaja.Tapi buat masa ini kemudahan ini hanya untuk pengeluaran bagi umur 50 dan 55 dan juga bagi meraka yang mempunyai simpanan lebih dari 1juta.

 

KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada umur 50 dan 55 tahun serta yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh melakukannya secara mudah dengan hanya membawa kad pengenalan dan buku bank ke agensi itu.

Tanpa perlu mengisi sebarang borang, pencarum boleh membuat pengeluaran di mana-mana kaunter KWSP dan kelulusan akan diberikan serta-merta selepas kelayakan pengeluaran disahkan. Bagaimanapun, hanya mereka yang memiliki MyKad boleh berbuat demikian, manakala pemegang kad pengenalan polis dan tentera atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama, perlu mengikut proses lama dengan mengisi Borang KWSP9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan akaun buku bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata inisiatif pengeluaran mudah itu diperkenalkan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran simpanan yang sebelum ini memerlukan pencarum mengisi borang dan mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

“Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, dengan jumlah pencarum yang semakin meningkat, adalah penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.
“Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP selepas mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data,” katanya.

Sumber : B.Harian

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Kata Kunci:

Filed in: KWSP, News Tags: ,

Get Updates

Share This Post

Related Posts

3 Responses to "Cara mudah keluar duit KWSP"

  1. sayacomel says:

    wahh, kena ada simpanan 1 juta..fuhh, banyak tu..
    sayacomel´s last blog post ..Comel Sangat – Gambar budak bertudung yang old skool

Leave a Reply

Submit Comment
CommentLuv badge