2

Bila nak habis kad kredit aku?

Bila nak habis kad kredit nie? Berapa ramai dikalangan kita yg ada kat kredit.Aku rasa yg dah keje rata-rata semua ada kat kedit.Tapi sejauh mana kita boleh berdisplin untuk mengawal nafsu berbelanja guna kad kredit kita?Kononnya nanti hujung bulan nak bayar atau bila dapat bonus nak bayar.Last-last bila dapat gaji atau bonus ade la pulak nak beli bende lain.Yang kad kredit tadi masih bayar pada minimum 5% jer tetiap bulan.

Bayar minimum setiap bulan agak2 bila la mau habis kita punya kad kredit?Dah la interest dia 18% setahun.Sebulan interest 1.5% dan outstanding hutang kad kredit RM3,o00.00 bermakna korang kena bayar interest sahaja RM45.Pembayaran minimum pada 5% bagi hutang RM3,000.oo  hanya bayar RM150.RM150 tolak interest RM45,korang bayar pokok RM105.

Jom kita kire hutang kad kredit pada RM3,000.00 dgn pembayaran minimum RM150 sampai bila mau habis.

Bulan 1 = RM3,000.00 [1+0.015] – RM 150 = RM2, 895.00

Bulan 2 = RM2,895.00 [1+0.015]  – RM150 = RM2,788.43

Bulan 3 = RM2,788.43 [1+0.015] – RM150 = RM2,680.25

Seterusnya…kira la sendiri ehh… pakai jer Excel.

Kira punya kira..bulan yg ke-24 bersamaan dengan 2 tahun baru habis bagi hutang kad kredit RM3,000 dengan pembayaran RM150.Itu kalau tiada penggunaan langsung.Kalau ada penggunaan lagi la lama.

Tu hutang RM3,000 jer…kalau RM10,000 kredit limit dan guna maksimum bila nak habis? Tu dia penangan kad kredit.Jadi kalau tak displin jangan la nak pakai kad kredit…nanti jadi gali lubang sana…timbus lubang sini.

(Pengiraan ini adalah sebagai ilustrasi sahaja – anda perlu membuat pengiraan sendiri untuk pengiraan lebih tepat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Kad Kredit, News

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

2 Responses to "Bila nak habis kad kredit aku?"

  1. diaien says:

    sib baik aku apply kredit kad dulu tak approve,
    kalu tak aku terjebak gak la ngan kad hutang neh..
    huhuhu
    .-= diaien´s last blog ..RM2000 dalam masa 1 hari dengan HyprobulkSMS =-.

  2. 2bz4money says:

    Sanggupkah sdr buat credit balance transfer RM3k tsbt @ 0% selama 12 bulan dgn byrn via visa MBF. Ada syarat tambahan kena spend RM300 setiap bulan, kalu x caj RM20. Saya dah dpt approval dan guna visa mbf yg annual fee waived dan tax subsidised. Smlm baru spend RM300. Nanti statement credit card tiba bertarikh 25/1/2010, saya cuma settle byr RM300 dan sedikit byrn lagi utk cover 5% minimum paymnt. Bila bulan Jan 2011, saya bole settle semua baki yg belum dibyr dgn gunakan Dividen ASB atau…promosi Credit Balance Transfer @0% dari kad kredit yg lain..Fikirlah..praktikal tak?

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

Teknik Jana Untung 40% Dari ASB DOWNLOAD SINI SEKARANG